Dapur lelaki: Kebab Ayam Black Pepper.

 hi anak anak,

hari ini KM nak bagi tahu korang macam mana ala budak lelaki masak untuk siapkan menu yang ringkas untuk dinner ni, Ok kali ni KM dapat ilham macam mana nak buat kebab sebab ternampak roti pita sewaktu berada di pasaraya tempoh hari. 

jadi KM rasa macam nak try nasib untuk buat hehe sekali tengok hasi dan rasa not bad (sebab tekak aku) haha

ok jom kita tengok bahan bahan untuk nak buat Kebab Ayam Black Pepper ni.

Menu utama: 
Roti Pita - pastikan cari ikut favorite masing2
Isi ayam 
Sosej - optional
burger ayam - optional

1/2 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - potong dadu
1 biji lobak
1 biji tomato

sos cili 
Serbuk lada hitam
mayonnaise
beberapa helaian daun salad
2 sudu mentega / marjerin
maggie secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. pertama panaskan kuali dan masukkan mentega / marjerin. Bila dah betul2 panas masuk kan bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga keluar bau
2. Kemudian masukkan terus segala bahan daging tadi sosej / isi ayam / burger ayam. Gaul sehingga masak, tak perlu tambah minyak sebab marjerin tadi mampu melembapkan semua bahan daging itu tadi. Tutup kuali lebih kurang dalam 3 minit. Bila dah masak keluarkan dan simpan di dalam bekas sementara.
3. Masukkan Sos cili, mayonnaise, serbuk lada hitam, gaul hingga pekat. Kemudian masukkan bahan daging tersebut. 
4. Masukkan sedikit garam dan maggie secukup rasa. Mengikut citarasa memasing. 
5. Potong dan kosong bahagian tengah Roti Pita tu dan masukkan salad ke dalam nya. 
6. sumbat bahan masakan tadi ke dalam roti pita
7 SELAMAT MENJAMU SELERA!!!
 
 kalau korang tak suka roti pita, korang boleh je guna roti lain mengikut citarasa roti kesukaan masing2. Cuma KM memang berkenan nak makan roti pita ni. Roti pita yang KM gunakan jenis lembut.

Bila dah lama terhidang tu korang just boleh masukkan ke dalam microwave dan panaskan.
 Selamat Mencuba uols.

No comments :