Bahaya kereta bila tayar tiada DARA.

Hi uols,

Ok hari ni sedikit sentap, sebab tayar kereta aku kat depan tu dua2 dah bengkak. Macam mana lah selama ni aku tak perasan, nasib baik lah dia pancit dalam keadaan terkawal. Cuba korang bayangkan kalau tayar kat depan aku tu dua2 terus meletup while driving. Alahaiiii arwah lah aku jawapnya. 
Haha walaupun bff KM datang catwalk je tapi takpe. At least dorang teman kan KM malam tu. 
lepas tu KM nak wish thank you Adam @ mona sebab consult kita macam mana nak tukar tayar. Serius wei ini first time kena batang hidung sendiri. sungguh tak sangka mek ni berjiwa Cinderella tak kuat nak tukar tayar. Haha luckily ada sorang brader tu (Sumpah tak sempat nak tanya nama dia) sebab dia datang tolong kita orang macam sekejap je. 

Skru semua dah cabut tinggal tanggalkan tayar tu je, ya rabbi almost 15 min macam tu weols try cabut tapi dia still stuck, till datang brader PJ ni. Sekali je dia tarik terus tercabut tayar tu uols. Dah nama pun SADO uolssss...Thank abang SADO PJ. 
Insiden ni berlaku actually malam semalam taw. Kemudian esok nya baru tayar yang satu lagi. KM memang ada masalah dengan ingat tarikh dan masa. Aku baru tahu yang aku dah pakai kereta ni almost 2 year since then KM tak pernah tukar tayar. HAHAHA nampak tak diri ini takde self management yang stabil.
The good thing is, kalau ada problem relates to my kereta, I considered my self as lucky enough sebab dekat dengan workshop kereta. Before this pun pernah gak alami incident yang sama. Lepas tu kebetulan dekat dengan workshop yang selalu KM attend. 
 leng chai ni yang selalu attend kereta KM kalau ada problem. Cepat dia buat kerja. 
Lepas settle tu KM decide untuk check alignment sekali. Sebab dia advise ada paku @ skru yang perlu KM tukar, or else nanti pakai tayar emas sekali pun confirm akan botak cepat. So alamatnya nanti dah gaji terus minta tukar paku tu dulu. Sebijik RM35.

ok lepas ni KM akan pastikan untuk check alignment dan tayar sekerap yang mungkin. Tapi hujung bulan ni KM akan hantar kereta untuk service kat Perodua Ampang. jadi consider lebih selamat dan terjamin lah ye.

Kepada muah muah bucuk KM kat luar sana, sentiasa hati2 bawa kereta ok. walaupun member KM cakap KM bawa kereta macam langsuir tapi takpe yang penting vogue hahaha. CHOIIII tak nak lah terjadi apa2 kat kereta KM tu....Love you alls.