Best juga makan di Penang Road Famous Teochew Chendul @ Paradigm Mall

Yessss, akhirnya dapat juga aku lepaskan kempunan aku nak menjamah Penang Curry Mee minggu ni, sebab al kisah nya dari minggu lepas lagi aku hunt Penang Curry Mee ni. Dan nak di jadikan cerita aku pun gigih lah google. Dan aku terjumpa website ni Penang Curry Mee di area KL. 

kebetulan aku memang nak pergi ke Paradigm Mall minggu ni, dan rezeki untuk aku singgah untuk menjamah express di Penang Road Famous Teochew Chendul. 

Sudah sinonim kalau sebut je "Kari Mee" (Curry Mee) confirm korang akan terbayang mee kuning dan mee hoon yang kenyal tu ditambah pula dengan pelbagai bahan korang boleh tambah sebagai penambah selera. Sama juga lah seperti dekat Penang Road Famous Teochew Chendul korang akan terasa seperti buat Penang Curry Mee sendiri di rumah. LOL

Sebagai menu utama, Penang Curry Mee sudah semestinya menjadi pilihan utama untuk hari itu, dan satu lagi tambahan Pandan Nasi Lemak with chicken kunyit. Ko faham tak kat situ tetap nak ada concept kunyit haha.
Serious guys, ini super tempting. Dalam concept penang curry mee, sambal amat memainkan peranan sebab ianya kunci kepada rasa curry mee korang tu sama ada akan jadi sedap atau sebaliknya, bagi aku suka sebab tidak terlalu pedas dan masih ada rasa lemak dan manis pada sambal tersebut. 
Minuman dan Dessert aku pick, Ice Tea dan juga Original Ice Kacang.
Mereka cakap aku patut try original chendul, tapi aku tak beli sebab aku nak datang untuk kali kedua. :)
 
 
 
  
sekarang korang rasakan mengalir air liur kalian melihat gambar makanan aku post ni.

ok kalau korang nak tahu tentang menu dan harga korang boleh click pada gambar rajah di bawah ni, sure berbaloi punya lah. 



Di mana saya boleh cari Penang Road Famous Teochew Chendul?

secara umumnya, kalau korang berada di sekitar KL korang boleh tengok map lokasi di bawah, dan kepada korang yang duduk di area Selangor, Penang, Perak, dan Johor silah lah lihat pada LOKASI store mereka. 



Facebook Page: Penang Road Famous Teochew Chendul
Official Website: http://www.chendul.my/
General Contact Number: 04-261 8002
Email Address: franchising@chendul.my

No comments :