Mar 17, 2017

dunia ini bulat dan bila kau berada di bawah

dulu kita selalu dengar kata orang dulu-dulu kala, yang dunia ini bulat, kadang tu kita berada di atas dan kadang tu juga kita akan berada di bawah. 
dan bila kau berada di atas, mula lah kau berasa bongkak, angkuh dan sombong. Dan memang betul kan? kata orang bila dah senang tu semua kau akan lupakan. Dan bila kau berada di bawah baru lah kau mendongak ke langit penuh dengan tanda penyesalan.

Begitu juga lah apa yang terkena dengan batang hidung aku sendiri. Serious aku tak pernah rasa seteruk ini. Bila dah terkena tu barulah aku dapat rasakan apa yang orang lain pernah lalui sebelum ini. Aku selalu menyangkan bahawa segala kesenangan yang aku lalui ini mana mungkin di tukar dengan kesedihan mahupun khabar yang tidak menyenangkan.

NAMPAKNYA AKU TERSILAP....

pengajaran yang amat besar yang pernah aku lalui untuk 2017 ini. Terima kasih untuk sentiasa memberitahu aku agar untuk terus lebih berwaspada dengan persekitarana aku pada kini dan pada masa hadapan. 

terima kasih kepada si dia (pengirim adalah rahsia) yang memberikan bunga itu kepada kami semua. Walaupun berduka aku masih mampu untuk terseyum kerana apa? kerana masih lagi ada orang seperti kamu yang ingin melihat orang di sekeliling nya untuk terus tersenyum...Sekali lagi Terima Kasih... ^_^

No comments :