Nak Kahwin! Jom tengok The Venue Shah Alam @ Seksyen 15 Shah Alam

Sudah menjadi lumrah kepada masyarakat kita pada edaran yang serba pantas ini, kalau boleh semua benda nak cepat, servis tiptop, efficient, cantik dan berkualiti. Dan yang paling penting MURAH kan haha. Begitu juga kepada pasangan pengantin yang di luar sana ingin mendirikan rumah tangga. Kalau boleh sure dorang tak nak saratkan kepala untuk memikirkan segala persiapan. 
Jadi semua di serahkan kepada pihak penganjur / wedding planner. Jadi sempena dengan Open Day yang di anjurkan oleh The Venue Shah Alam, jom ikut aku untuk review sepanjang berlangsungnya event mereka pada 24 september 2017 yang lepas bertempat di Seksyen 15 Shah Alam. Apa yang membuatkan The Venue Shah Alam ni menarik, seperti yang aku katakan mereka sediakan segala persiapan dari A - Z. 

Pasangan pengantin hanya perlu siapkan Kad Undangan dan Goodies Bag sahaja kepada para tetamu. Memang itu janji yang di berikan The Venue Shah Alam, sebab mereka mempunyai ramai vendor yang bernaung di bawah mereka, jadi process untuk menjalan kan kerja itu nampak mudah pada mereka.
Hiasan dan decoration adalah berganutung kepada tema dan kehendak si pengantin.
Dari solekan dan tatarias mereka juga bertanggungjawab untuk sediakan.




dalam perihal makanan dan sajian aku paling berkenan dengan set masakan dia, terutama Daging Baghdad.
Di dalam package mereka ni, termasuklah Nasi Beriani, Nasi Putih, Ayam Masala, Daging Baghdad, Filet Ikan Masam Manis, Dalca Sayur, Acar Rampai & Papadom

jangan risau di dalam package ni semuanya boleh di aturkan mengikut citarasa masing2.




Apa yang korang tengok pada collection di atas merupakan busana dan baju-baju pengantin yang sedia terpamer mengikut trend masa kini, dah nama pun all in one dalam pakej, dari solekan dan pakaian telah pun di sediakan sendiri oleh The Venue Shah Alam. Seperti biasa kelonggaran sentiasa di buka kepada pasangan pengantin yang ingin memakai koleksi pakaian mereka sendiri. 
Apa yang korang lihat ini hanyalah separuh dari koleksi mereka yang sebenar. Kalau nak di ikutkan memang tak cukup tempat untuk membuat pameran nanti. Kita orang bertuah pada hari tu sebab dapat menyaksikan sendiri dari awal hingga ke akhir pelancaran Open Day mereka tempoh hari. 

di antara nama selebriti yang mengabadikan kenangan mereka bersama The Venue Shah Alam. 

nampak tak telatah kami yang tak nak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri service yang di sediakan. 

The Venue Shah Alam juga boleh memuatkan seramai 2500 pengunjung, serta persekitaran yang di penuhi dengan penghawa dingin, selain untuk atucara/majlis persandingan The Venue Shah Alam juga boleh di jadikan sebagai satu tempat majlis corporate dan Annual Dinner. 
Ok lah, selebihnya korang boleh contact atau pergi ke profile mereka ye. 
Kepada yang bakal bersanding tu, saya nak ucapkan in advance. Semoga berkekalan ke anak cucu dan jannah (^_^)
Emel : thevenueshahalam@gmail.com
Contact: 6019 - 8585825
Alamat : No 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Park, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,Selangor.


No comments :