Mar 14, 2018

Manisnya Johny's Ice Kepal Milo @ AU 3 Keramat

korang aku nak tanya Johny's Ice kepal MILO ni, dah lama viral atau aku baru tahu kewujudan dessert baru ni. Bukan apa semalam aku dengan zuzu pergi lah usha tengok apa yang menarik sangat dengan Ice kepal si Johny ni. Lepas buat research tu kita orang decided untuk terjah cawangan dekat AU 3 keramat. 

tak sampai 1/2 jam pun drive dari rumah aku ke keramat ni, sebab laluan utama dia ialah MRR2. Korang pun tahu kan hazab dia macam mana during peak hours. haha. Sesak dik non!!!

yang aku order ni Jumbo Special, korang nampak tak milo dia yang banyak dan super pekat? manis dia jangan cakap lah uols, peminat milo sure suka wei. 

sampai je tu memang sedikit sesak sebab ialah keramat ni kan area perumahan lepas tu kedai Johny's Ice Kepal ni terletak dekat sebelah sekolah agama. Haha pandai dia cari port untuk buka cawangan dekat area keramat ni. 

ok kepada korang yang nak order ice akepal ni ada dua cara.
1. Drive Thru which korang kena Queue
2. Dine in, cepat juga abang-abang ice kepal ni serve korang. 
3. Ok pekerja dia semua helok!!!! aummmm ice kepal akak pula yang cair dik!!! haha

Harga dia sangat berpatutan, paling mahal pun RM 6 dan lagi satu selain bertempat di AU3 Keramat. Actually dia ada banyak lagi outlet yang lain, korang google je or tengok kat FB mereka, dan manalah tahu outlet yang lain tu berdekatan dengan rumah korang. Alahai senang nya hidup!!!

for those yang tengok IG story aku majoriti semuanya terliur haha, siapa ada yang tanya berkali kat mana branch dan review macam mana nikmat ice kepal milo ni. 
hah ni lagi satu nak pesan, kalau korang jenis yang cuai or makan bersepah. Jenis yang mulut bocor ni amatlah di nasihatkan untuk tidak memakai pakaian cerah or putih. 
kalau kau jenis pemalas nak mintak straw macam aku ni, korang boleh lah just hirup je. 
 
 
kalau korang beratur tu, dia akan tapaukan ice kepal korang dalam plastik ikat tepi, tapi untuk nak dapatkan gambar snapshot yang cantik boleh lah dine in. OK
bersama miss jamaica, katanya ice kepal milo ni favourite dia lol....

No comments :