Jul 18, 2018

Hilangkan stress di The Rub Bar @ KL

Hi korang, rasanya masih berlum terlambat untuk aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA 2018 kepada semua pembacca blog aku ni, Bersempena dengan perayaan yang lepas aku rasa aku banyak habiskan masa pada belah weekend berkunjung ke open house kawan-kawan dan family members, boleh di katakan macam back to back event uols, itu belum termasuk lagi dengan aku buat Open House sendiri. Hanya tuhan je tahu betapa penatnya waktu tu.

kebetulan pula time tu sis Paris ada suggest aku untuk berkunjung ke “The Rub Bar” yang terletak di tengah bandar ibu kota Kuala Lumpur. Yang comelnya kalau korang tengok perkataan RUB BAR = RABA, COMEL KAAANN??? #excited LOL
Ok back to the topic, Bagi aku dua benda ni memang menjadi subject utama aku:

Harga yang berpatutan dan juga lokasi yang strategik.

Jadi time aku datang ni The Rub Bar KL tengah ada promotion rate, jadi aku pun cubalah package mereka RM 149 ( Foot+Back+Head+Shoulder Massage) bunyi macam meriah kan? Yesss memang meriah aku suka gila dapat urut kat sini sebab aku rasa tempat dia sangat cozy dan selesa, dan kat sini mereka sangat menjaga turn setiap customer jadi korang tak akan rasa rimas dengan crowd mereka.
Selain daripada itu ada pelbagai jenis sabun yang beraneka jenis yang sesuai dengan kulit korang, setiap collection sabun ni mempunyai khasiat dia yang tersendiri seperti yang korang tengok aku paling berkenan dengan anti ageing. So kepada korang yang ingin manjakan diri setelah penat bekerja korang boleh lah berkunjung ke sini ok.