Dapur Bujang KifliMally: Cumi-Cumi (Sutun) Goreng Tepung KFC!!!!




hey uols,

MAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK~
kita dah reti buat sotong goreng tepung, kalau mak aku nampak aku buat menu confirm dia akan menangis! sob sob~ mana tak nya anak perempuan dia baru reti nak masuk dapur bila umur 20an haha 
ko bayangkan lah bila aku dah reti masak nasi mak aku buat kenduri syukur kot! tu pun aku pakai rice cooker tak main lah pakai kayu api haha

Housemate aku ada beli sotong kat NSK Supermarket so ada lebih tu better aku buat hidangan aku sendiri ye dok! Ok apa yang korang perlukan ialah:
  1. Sotong kurita
  2. tepung kfc
  3. telur
  4. minyak masak
  5. garam, lada sulah dan bahan perencah yang lain
Pertama korang bersihkan sotong tersebut, contohnya kalau korang tak reti nak bersih kan pergi kerumah jiran anda dan minta secara baik "Makcik boleh tolong bersihkan sotong ni untuk saya" Ala-ala Gwiyomi
kemudian tepung kfc tu korang boleh campur dengan serbuk perencah yang lain. Tapi tepung KFC kan dah ada rasa no need kot. Korang just masukkan hirisan kecil sotong tu dan celup ke dalam telur kemudian sebati kan pada tepung kfc tersebut. Panaskan minyak goreng hingga nampak garing kekuningan dan SIAP!!!!!!!
  telur dadar itu adalah option kalau korang nak buat hidangan tambahan, sebagai bekas pelajar selebriti master chef malaysia cili kering adalah hiasan terbaik makanan, makin cili tu berkerut makin cantik lah hiasan makanan uols haha

haha senang kan? anak dara yang terbiar macam aku ni pun reti takkan pula korang yang pure anak dara tulen tak le nak buat kannn....Awak jemput lah makan sutun guring tepung saya ni. haha

meh follorrrrr instagram mak ni uols

stay goddess people

1 comment :

Razil Tahir said...

Sedapnyer... geram tengok...