May 20, 2013

Review: Tayangan Perdana Filem Lari Aaron Aziz

hi uols,

Khamis lepas dapat satu jemputan untuk menyaksikan kehebatan Sebuah filem arahan Ahmad Idham. Bersama dengan pelakon utama yang cukup handal dengan aksi mereka. Lakonan Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek & Hazama Azmi.

Ok no need to be that formal, first of all thanx to Sis Ruby for the invitation. Jom review the movie without wasting our time. 
 
Sebelum aku start untuk bagi review aku sendiri dibawah ni ada sedikit sinopsis, 
"KHALIF (AARON AZIZ) merupakan seorang bekas askar yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Dia telah mendapat berita yang mengejutkan berkenaan bapanya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh.
Semuanya bermula, apabila KHALIF pulang ke kampung, dan melihat orang ramai berada di rumahnya. Bila dihampiri, dia mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh sindiket, manakala adiknya, INA (ERIN MALEK) telah dilarikan oleh mereka, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan.
Berdasarkan pengalaman yang pernah diperolehnya daripada latihan ketenteraan dahulu, naluri KHALIF ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik tersebut."

ok its just a half of the synopsis the rest you guys find out yourself dipawagam ok. 



ok seperti yang korang tengok jalan cerita yang menarik, sedikit kekurangan itu boleh diperbaiki, dan apa yang pasti aksi yang dilakonkan oleh Aaron Aziz memang jauh dari apa yang korang semua bayangkan.
Aksi pergaduhan kali ini memang bukan seperti cerita lain ianya lebih detail dari segi seni pertahankan diri. Malah seni pertahankan diri OngBak dalam cerita ni ^_^

Ok apa yang aku cuba sampaikan ialah stuntman dalam watak ni mainkan peranan penting dimana Aaron Aziz kerjakan semua gangster dengan agresif sekali. Saksikan gambar aksi mereka dibawah ini.

So tidak hairan lah kalau Filem ini mampu dibawa ke luar negara, contoh seperti France.

Jadi Dapatkah Aaron Aziz menyelamatkan adik nya yang telah diculik dan diperdagangkan oleh Ery Putra, dapatkah Aaron Aziz bersama Hazama Azmi menumpaskan kegiatan haram Ery Putra dan juga sindiket perdagangan manusia yang lain? Adakah Aaron Aziz mampu dapatkan cinta nya semula bersama Dira Abu Zahar?

Jangan lupa saksikan kehebatan cerita ini di pawagam berhampiran korang ^_^


stay goddess people!

No comments :