OOTD Kifli Mally: Eh EH merah mak ngah lah dia.

Hi anak anak,

kalau korang ada baca Food Review pasal cafe superhero hari tu, sure korang tahu dah OOTD yang mana KM kenankan? haha biasalah the only casual day would be Friday itself. Hanya hari jumaat je KM boleh nak melaram. Tapi tak boleh nak melaram sepenuhnya pun uols kena berpada2 sebab jumaat kan kita pergi Solat Jumaat. 

Kalau dulu tu memang puaka sikit selalu skip solat jumaat so bila jumaat tiba je time tu lah KM melaram macam nak ke fashion show siap ber accessories penuh hokay!!! tapi tu dulu lah sekarang ni more into modesty ahaha
KM ada satu part taw di mana kalau nak berOOTD je confirm akan maik masa untuk setup diri ni, maksud KM macam nak dapatkan mood lah. 

Contohnya ok hari ni kol dua nak keluar rumah then kalau nak OOTD tu confirm punyalah dah masuk gelap baru sibuk nak berOOTD tu yang majority pada hari2 tertentu KM terlepas takde mood nak berOOTD sebab kan KM ni jenis yang suka berlengah-lengah
 Lepas ni KM dah berjanji taknak berlengah-lengah lagi haha, kalau ada peluang je rasa boleh nak berOOTD KM ada terus kan juga snap on the spot ^_^

korang pula macam mana? sure OOTD korang lagi letup dari KM kan? most of outfit KM semuanya recycle je dik non!!!!

OOTD Kifli Mally: Happy Birthday

hi anak anak,

dah lama rasanya KM tak belanja OOTD kan? kalau tak dulu kemain penuh gambar OOTD KM dekat blog ni plus dengan koleksi gambar kat LookBook. Nampaknya makin lama makin sendu OOTD KM, actually ada je buat shoot tu semua cuma most of the collection KM update kat Instagram @kiflimally
 actually time ni KM baru je balik dari buat video shot untuk iklan McDonald yang akan launch tak lama lagi, ok sebenarnya first time juga lah KM nak shoot video ni. Baru KM tahu nak berlakon dalam satu watak tu memang memenatkan, berbanding dengan watak yang kita selalu syok sendiri shot kat rumah ^_^ sangat berbeza ye.

Ni bukan consider official pun, ni hanya untuk laman social mereka di facebook. So korang yang baca blog KM ni je tahu apa plan seterusnya haha, sebab KM kat facebook dan IG memang tak tahu, jadi kepada mereka yang update dan baca blog KM dapat info selebihnya gitu ^_^

tak sabar nak tengok macam mana hasil iklan tu nanti, sumpah kekok wei bila berkolaborasi bersama dengan budak2 youtuber chinese yang hebat2 belaka. So tunggu ok!!!

Food Review: Dc Comics Superheroes Cafe Sunway Putra Mall

Hi anak anak,

ok baiklah semenjak KM makin naik malas nak taip entry adalah molek kitanya kalau KM percepatkan entry ni. Minggu yang sudah (maksud berpuluh minggu yang lepas) KM dengan si Zuzu ni lawat lah satu cafe yang di namakan Super Hero Cafe sebab hari tu keluar kat Wall facebook ada burger batman dan coffee superman. 

Jadi KM pun tak nak lah ketinggalan untuk merasa kegagahan burger dan coffee super hero ni. Kepada korang yang tak tahu, selain dari di Johor Bahru outlet cafe DC Comic ni ada dekat sunway putra tu je. Kemudian bakal di buka kat Pavilion. kalau tak silap lah sebab zuzu yang inform kat KM.
 korang boleh tengok menu dia. Sumpah pening nak pilih yang mana. So seperti biasa kalau dah newbie tu KM akan minta suggestion dari mereka apa signature/best seller kat cafe. So dia pun suggest seperti di bawah ni. 
Batman VS Hawkman Burger (Egg & Turkey Roll) - RM 13.50
Batsu Oreo Milkshake - RM18
Yang zuzu makan tu KM have no idea what is the name of this menu? So i just leave it.
 woot woot ^_^
 actually teringin juga nak duduk kat luar ni, tapi since keadaan tidak mengizinkan sebab cuaca sekarang ni jerebu. So amatlah merbahaya menikmati menu super hero ni sambil sedut HAZE. Kita bukan super hero ye kita hanya makan atas nama HERO je. haha
 
 Terlalu ramai yang review teruk tentang service cafe ni. KM tak nak comment lebih tapi the rest korang boleh baca kat link di bawah ni.

KM punyer suggestion/comments: 
1. Pelayan tu nampak sangat muka ketat tak peramah, #Eh KM salah cakap ke? haha actually mereka tekun sangat bekerja sampai terlupa nak lemparkan senyuman kat customer. 
2.  Tempat dia sangat limit. Although dia buka sampai ke seksyen luar, tapi amatlah tidak merasa seperti makan di kedai DC Comics ni, kalau boleh korang expand dan buat cubicle untuk cafe ni sendiri baru nampak lagi meriah or else kat section luar tu kosong je. 
3. Serius harga bagi KM agak sedikit mahal. Hanya kerana menggunakan nama Super Hero dan makanan dan minuman lebih kurang dengan restoran lain ^_^

Food Review: Hui Lau Shan malaysia pencuci mulut terbaik dari ladang.

hi anak anak,

Kali ni KM nak share satu spot dessert yang paling KM suka. Serius KM sangat jatuh cinta dengan idea dessert yang di sediakan oleh cafe ni. 

Hui Lau Shan Malaysia? 
Sebenarnya Hui Lan Shan sudah bertapak dalam industri pemakanan di Malaysia selama 3 tahun. Dari segi status Halal pula memang di akui oleh JAKIM, dan KM tak nak lepaskan peluang untuk merasa dessert dari jenama Hong Kong premium ni. 

mungkin ada sesetengah korang yang dah tahu cafe dessert ni, bagi korang yang tak tahu mari sini KM terangkan dengan gambar dessert yang menggiurkan ini. Untuk review kali ni KM nak fokus pada 3 dessert yang utama. 

Mango Feast - Ianya datang dalam 3 jenis dessert di dalam satu platter. Normally kalau korang order dalam bentuk ala carte portion setiap dessert ni sangat besar dan boleh mengenyangkan. Di sebabkan oleh itu Mango Feast membolehkan semua orang untuk merasa setiap dessert tu. 

Mango Crisp dia sangat OHSEMMMMMM!!! sangat recommended. (image kedua di atas.)
Icy Snowy Brew - Ini juga salah satu kegemaran tegar KM, siapa sangka dengan kemanisan santan dan kelapa muda ini sangat membuatkan kita seperti bearada di tepi pantai. Menikmati angin bayu. Nak tahu lagi tak apa yang menariknya tentang Ice Snowy Brew ni? mereka campurkan dengan Sarang Burung. Pertama kali KM rasa herba sarang burung ni di makan bersama jelly kelapa dan santan pekat. Perghhh!!! nikmat.
Mango Pop Pop - terakhir sekali semua based dari Mango. Dari syrup, buah dan ice cream semuanya adalah manga! dan apa yang uniknya dessert Mango Pop Pop ni? sebab sagu putih yang bulat tu sekali masuk ke dalam mulut ianya akan pecah umpama main mercun POP!!! haha comel sungguh...

boleh di katakan semuanya memang favourite KM. ^_^

kalau korang nak tengok gambar atau nak tahu outlet mana Hui Lau Shan ni ada? korang boleh tengok details social mereka dibawah ni 
Instagram: @huilaushanmalaysia