Ramadhan Review: 9Kedondong menyediakan Buffet Ramadhan berkonsepkan hiasan dalaman.


Hello, khamis lepas KM menghadirkan diri ke Ramadhan Review yang di jemput dari 9Kedondong. Suka dengan nama dia ni catchy kan? Tapi kenapa dengan menggunakan nama kedondong, ouh rupanya tempat dia terletak di jalan kedondong, Ampang Hilir.

Tempat yang strategik dan juga private.Kepada mereka yang sering kali datang untuk bersenam di Tasik Ampang Hilir ni memang tahu sangat sebab tempat dia terletak sebelah Tasek & Taman Riadah tu je.
Pertama kali tiba di kediaman 9Kedondong, KM suka dengan walkway dia menuju ke meja makan utama, di mana mereka hiasi dengan berkonsepkan taman modern, dan kombinasi warna hijau dan putih. 

Hidangan Utama terleatak pada belah kanan dewan. Ok Jom KM perkenalkan korang hidangan utama pada hari tu.
Hidangan tidak akan lengkap andai tiada Kambing Golek.
di datangkan dengan Sos Lada Hitam & Sos Cendawan. dan juga Salad.
Ikan Asam Pedas + Lobak Asin
Ayam Opor
Daging Masak Lemak Minang
Ikan Kembong Bercili
Sambal Telur Puyuh
Siput Masak Lemak Keladi

Ok apa yang KM senaraikan di atas adalah Menu Utama, tapi bukan semua yer nanti Senarai penuh KM list kan kat hujung entry ni. Selain dari itu juga mereka ada 9 Stall kesemuanya. Sememang nya mewah juadah berbuka di sini, kerapa dewan makan yang luas ni boleh menampung bilangan pengunjung yang ramai pada satu masa. 

Korang boleh tengok pilihan makanan yang di sediakan sepanjang Bulan Ramadhan ni.
 Untuk berbuka di 9Kedondong ni korang kena buat tempahan terlebih dahulu, ini amat penting kerana mereka di 9Kedondong perlu membuat percaturan makanan agar para tetamu yang bersantap di sini menikmati setiap juadah yang di sediakan.

RM 55.00 per adult / RM 28 per child (7 - 12 yo)
Buy 10 Free 1
For Booking : 017-2250705 / 016-8868311
Salah satu kelebihan berbuka disini, kemudahan untuk solat memang disediakan. Selepas korang solat terawih nak sambung makan boleh je, takde masalah. Terpulang kalau korang boleh makan dengan banyak hehe. 


2 comments :

Rawlins GLAM said...

Nanti jemput la kita sekali ye
Kita nak beriftar dengan artis
TQ wak

Mommy Cici said...

semua nampak sedap *telan air liur*