Jun 18, 2016

Ramadhan Review - Daging Bakar sedap di Caprilicious @ Capri By Fraser Kuala Lumpur

Yahoooooooo bulan Ramadhan tiba lagi. So far macam mana dengan Ramadhan di tahun 2016 ni? harap semua ok saja. Sudah semestinya semua pembaca KM juga turut merasakan nikmat ramadhan ni kan? Jerit bersama kegirangan..

Seperti yang korang tahu, KM kalau menjelang ramadhan ni for sure akan list kan beberapa Hotel/Restaurant/Cafe/Warung dan seumpamanya untuk di review. Bak kata orang kalau ada rezeki boleh lah berkunjung ke salah satu Review yang tersenarai di blog KifliMally.com ini ye ^_^

Minggu ni KM nak review Hotel Restauran di Caprilicious at Capri By Fraser KL. Dengan bertemakan Warisan Desa Caprilicious menyediakan lebih dari 70 jenis hidangan berbuka puasa nanti. Korang cuba membayangkan ada 70 jenis menu dan juadah untuk berbuka, sudah semestinya meriah. Kalau KM nak senaraikan semuanya memang panjang lah entry kali ni. Jadi KM akan highlight pada gambar menu di bawah dan juga the Most Recommended by KM.

RM90 untuk harga Normal bagi setiap pengunjung. Ok sekarang ni kita run through dulu gambar makanan ni semua kemudian baru KM mention apa kegemaran KM sewaktu menjamah hidangan di sini ye. 

di Caprilicious mereka bahagikan menu kepada dua station iaitu main course station dan juga live station yang terletak pada bahagian luar cafe.

Main Course Station
kerabu pelbagai hidangan, kerabu Ayam, kerabu mangg, kerabu sotong dan Kerabu udang
Ayam Opor
Rebung Masak Lemak
Ikan Keli Goreng Berlada
Asam Pedas Ekor Lembu
Gulai Daging Kawah
Ketam Goreng Berempah
Pajeri Kedondong
Masak Lemak Pucuk Ubi udang
Sambal Jawa
Ikan Tenggiri Masak Lemak dengan Belimbing besi 
Kam Heong Lala
Roasted Chicken With Mushroom Sauce
Kambing Masala
Dessert Section
Buah Buahan

Ok part yang paling KM suka ialah Live Station di mana Caprilious juga turut menyediakan Murtabak, satay, kambing golek (obviously), Asam Laksa dan juga Ikan Bakar. 
dan dalam korang nak tahu tak menu yang paling KM berkenan adalah menu daging Bakar, bukan terletak kambing golek taw, ini daging bakar official yang di masak live oleh chef yang bertugas pada hari tersebut.
Selaras dengan bertemakan Warisan Desa mereka kenakan harga serendah RM90 untuk hari biasa. 
Manakala kanank-kanak di bawah umur 4 tahun boleh makan percuma, adik2 5-12 tahun ke atas dikenakan 50% dari harga asal. Berbaloi memang berbaloi dengan beraneka pilihan makanan disini. 

Untuk tempahan dan pertanyaan jangan segan2 untuk hubungi mereka di talian 03 2386 0888

Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini uols.