Dec 10, 2017

Resepi Orang Bujang: Tempura Fish Fillets masak Telur Masin

Last event yang lepas, kalau korang still ingat tentang event yang lepas aku attend dekat Shah Alam Convention Centre. Kemudian aku plan sendiri nak masak resepi yang diberikan oleh Dr Ezani tempoh hari.

so here goes nothing...

nak di jadikan cerita malam selepas tu, kita orang pergi ke NSK sebab kat situ barang yang kita orang perlukan semuanya ada. Plus NSK ni 24jam uols. Makcik2 bawang suka lah pergi tempat macam ni.
Seperti biasa Bahan Utama yang kira orang gunakan ialah Tempura Black Pepper Fish Fillets,
Bahan-bahan untuk sauce salted egg seperti dibawah:

1. Butter
2. Bawang Putih yang di potong
3. Cili padi cincang kasar
4. Daun kari
5. Telur Masin - ambil yang kuning dia sahaja
6. Susu Sejat
7. Lada Sulah / Serbuk Black pepper
8. Gula sekadar perasa tambahan

Cara penyediaan Sauce Salted Egg.
1. Goreng Tempura korang, toskan dan letak tepi dahulu, kepada mereka yang menggunakan Tefal Uno Deep Fryer, pastikan suhu yang korang tetapkan pada 180 darjah Celsius. 
2. Panaskan kuali, kemudian panaskan butter, bila butter dah panas, masukkan pula bawang putih, cili padi, daun kari kacau sehingga semua bahan tu dah sekata dan naik wangi.
3. Ramas serta ratakan kuning telur masin tu sebelum masukkan ke dalam kuali, kemudian kacau sehingga ianya kembang dan cantik
4. Masukkan susu sejat dan biarkan ianya masak, ianya bergantung sebanyak mana kuah yang korang perlukan. 
5. Untuk rasa boleh masuk kan garam, gula dan black pepper.
6. DAH SIAP!! korang boleh lulurkan di atas tempura korang. 

Hias dan Siap untuk di jamah...
 belah kanan tu adalah tempura fish filet, manakala belah kiri tu adalah cheezy fish fillet yang baru.
 kalau korang nak tengok Step by steps, korang boleh tengok IG Story aku kat bawah ni. Senang sangat semudah 1 2 3, :)
tunggu next entry pula kita orang akan masak Salt & Pepper Squids.

No comments :