Mar 5, 2013

A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia



hey uols,

Maaflah uols blog ni sepatutnya bukan untuk menceritakan tentang isu politik dan juga pasal kerakyataan, sebb blog mek ni untuk berkongsi rutin hidup mek, tentang fashion mek, DLL.

tapi since isu kekecohan yang berlaku kat Lahad Datu tu membuatkan hati aku tidak senang untuk berfikir dan emosi mek resah sebab keluarga mek ramai kat Lahad Datu, Tawau dan even adik bongsu mek ada kat Sandakan tu masih study.

Tadi aku ada call adik aku nak bertanya khabar di sandakan tu, dan adik mek cakap dia kena balik sekolah awal dari waktu yang ditetapkan akibat incident yang berlaku di Lahad Datu tu. Esok pula sekolah tutup. Kalau aku tahu dari dulu lagi aku suruh ko sambung sekolah kat KL ni jer. 

Satu lagi yang menarik perhatian aku ialah, "Kenapa Polis yang Di Hantar ke Lahad Datu" dan bukan nye bala tentera Malaysia. Come On lah guys! takkan benda macam ni pun nak kena ajar, merungut dan menyembur tuduhan membuta tuli. Semua orang politik dah tahu keadaan makin darurat dan tak terkawal makin tu lah ramai parti yang mula untuk mengambil kesempatan untuk "meyimbah minyak ke api" 

Jangan di sebabkan oleh kerana mereka asyik sibuk berpolitik ingin menentukan siapa lagi BERKUASA hinggakan negara sendiri sudah pun menjadi JAJAHAN negara asing. Sedarlah wahai orang kuat malaysia sekalian.

kenapa askar naik AirAsia tu pun boleh jadi isu. Serius aku sangat tak faham, isu yang sedemikian pun boleh diperbesarkan masih lagi mencari kesalahan orang lain. Sedangkan negara sendiri hampir nazak.
 Source Pic: Khairulryezal.blogspot.com
 Ye memang suka ikut hati awak lah nak cakap apa pun? tapi apa akibatnya yang akan bakal terjadi kalau betul-betul sabah jatuh ke tangan Filipin, dan semua ahli keluarga korang turut menjadi mangsa keadaan.Sudah lah tu uols berhenti lah dari isu politik korang ni asyik nak mengeruhkan keadaan jer.

Aku rasa hanya seorang je dalang yang perlu kita "selesaikan" selepas settle dengan isu pemberontakan ni. Orang kalau dah gila kuasa memang macam tu nak semua rakyat malaysia ni ikut jari telunjuk dia sorang jer.
 Kita selaku rakyat malaysia amat beruntung kerana Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi mampu untuk memberika idea yang bernas terhadap isu-isu seperti ini. Salute Tun.
 
A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia 
Aku masih lagi meletak harapan tinggi pada Pasukan Keselamatan Negara untuk melindungi Negara kita dari terus dinodai. Aku tak pernah pun meragui tentang tanggungjawab mereka untuk membela dan melindungi negara kita. Aku bertambah yakin selepas aku membaca novel ADAM ni beberapa tahun yang lepas. 

Walaupun hati ni masih risau dengan keadaan adik dan saudara mara aku kat sabah tu tapi aku yakin mereka dalam keadaan yang sihat dan terkawal. Apa pun aku akan update kembali :)

No comments :