Oct 8, 2019

Cerita si kucing oyen bermata satu @ Car Park Hotel Istana.

 hi korang, sebenarnya bukan la aku nak sampaikan cerpen dekat sini, cuma nak bagi tahu dekat korang yang semalam aku ada lunch appointment dekat Nu Sentral. Keadaan cuaca pada hari tu kurang baik sikit sebab jerebu macam dah kembali je menghantui kita dekat KL ni.

Lepas tu seperti biasalah lepas lunch lebih kurang dalam 1.30pm aku beransur balik ke office, sampai je dekat car park. Aku ternampak kelibat encik bulus ni. Seolah-olah macam mengintai dari celahan tembok parking tu.

Jadi aku pun tertarik untuk tegur kucing tu sebab memang kebiasaan dekat parking area ni, brother jockey ni memang bagi makan dekat kucing strays dekat sini. So aku ingat si budak oyen ni salah satu dari kelompok tersebut. Bila semakin hampir aku mendekati dia pun berlari ke bawah kereta menyembunyikan diri. Dalam hati aku berkata "eh kekwat kau ye"
Seperti biasalah dah nama pun kucing, bila kita sahut bunyi seperti nak bagi makan tu dia pun datang dekat kita walau dia rasa takut macam mana sekali pun, itu sebab dia bukan berani sebab mereka dah terlalu lapar.

bila aku amati pertama sekali aku terkejut sebab mata dia sebelah totally takde, rupanya kucing OKU ye. Hurmmmm dalam kepala otak aku ni, sah memang takde lain dah perbutan manusia yang tak berhati perut. Tapi aku simpan tuduhan atau fitnah tu sebab aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh buta sampai macam tu sekali.

Tanpa berfikir panjang di dalam dashboard kereta aku memang always ada bekalan untuk anak2 bulus ni. Aku akan beli brand prodiet wet food tu sebab murah dah bagi aku sedap juga kalau kucing2 ni makan. Jadi tanpa berfikir panjang aku bagi makan dekat budak oyen ni di celahan pokok sebab aku tak nak orang nampak or kucing lain nampak. Kesian dia nanti nak makan susah.
Dua paket dia berjaya habiskan dan bagi aku sure budak oyen ni memang dalam kelaparan. Mungkin itu rezeki ko dik, memang stock last ada 2 paket je yang tinggal. Takpe kita tengok pula esok harinya macam mana keadaan dia. Kalau dia still ada dekat spot parking yang sama maksudnya dia memang tunggu aku lah kot. Wish me luck harap2 dia masih ada di situ so on every weekdays tu aku boleh juga bagi dia bekalan makanan untuk sehari.

Bagi aku tak perlu pun nak fikir kesian or bersimpati dengan keadaan mereka, kita terus je hulurkan bantuan. Kalau mampu bagi something untuk mereka makan, kalau takde doakan je dorang ni selamat dari kezaliman manusia yang tak berhati perut ni. AMINNNNNNNN bye uols