Nov 17, 2019

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA 2019 @ Summit USJ

SUMMIT USJ, SUBANG, 10 NOVEMBER 2019 – Event kali ni memang berlainan dengan event yang aku pernah attend, sebab event yang di adakan di Summit USJ Subang ni memang memberikan kesedaran betapa penting nya Seni Budaya pada masa kini. Event yang meriah ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid bin Asari di mana merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Pengerui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan & Pelancongan Peradaban Melayu dan Warisan. 

Ok since aku sampai awal pada hari tu, banyak juga aktiviti yang telah di sediakan oleh pihak penganjur, acara bermula pada 12 tengah hari sehingga 6 petang. Tengok lah betapa gembira betul bila dapat bermain permainan tradisi sekaligus mengingatkan kembali semasa aku kanak-kanan dulu seperti Congkak, Batu Seremban, Lompat getah & Teng Teng. Bukan itu saja, malah ada juga demo masakan khas tradisi oleh Chef Celebriti kita iaitu chef Iskandar. 
Semasa sidang penyampaian hari tu, ucapan dari Yang Berhormat menyebutkan di mana Selangor merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai keunikan dan tradisi tersendiri dari seni dan budaya. Selain dari itu juga beliau menyeru kepada semua tidak kira lah dari kepelbagaian agama, budaya dan adat resam kaum di Malaysia ini hendak lah sentiasa menghormati satu sama lain demi menjaga keharmonian sejagat. Contoh yang dapat kita lihat serta di praktikan melalui cara berpakaian, amalan agama dan perayaan.
pic credit dari http://www.byrawlins.com/

Aku rasa atucara majlis takkan sempurna jika tidak di sajikan dengan persembahan tradisi dari tarian kebudayaan ASWARA. Bukan itu saja, kami juga turut di hiburkan dengan artis bersuara padu ini. BOB YUSOF #BOBMESRA anak kelahiran Sarawak yang comel ni. Suara beliau memang memukau semua penonton yang berada menyaksikan persembahan beliau hari tersebut.
Harapan selepas ni, kalau boleh tu nak lah tengok anak yang lahir di zaman serba modern ni tak lupa permainan tradisi kita yang penuh dengan seni dan budaya ni. Program ini memang Berjaya bagi aku sebab dalam tak diam tu memang ramai yang mencuba permainan sekaligus memberikan kesedaran betapa penting kita untuk “Merakyatkan Seni Budaya” di Malaysia khususnya.

Sekian,
KIFLIMALLY