Jan 29, 2020

Keenakan Kismis California, Resepi istimewa bersama Chef Emmanuel Stroobant bertaraf antarabangsa

Kuala Lumpur, 9 Jan, 2020 – Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) menyambut tahun baharu dengan sentuhan manisan berasaskan resipi yang dicipta khas menggunakan Kismis California di majlis ‘Samplings On the Fourteen Restaurant’ di Berjaya University College malam ini. 

Kesemua resipi dicipta oleh chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos, yang meraikan 40 Tokoh Berpengaruh utama di Malaysia dengan majlis makan malam yang mesra. Mereka semua seronok bukan sahaja kerana dapat menjamu selera dan beramah mesra dengan chef selebriti tetapi juga kerana dapat memerhatikan pesona mereka menunjukkan kelebihan Kismis California dalam empat sajian makan malam yang lazat.
 
Resipi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor ialah:
Chef Emmanuel Stroobant (3 resipi)
1. Kismis California, Ketam & Kubis Bunga
2. Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang
3. Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk

Chef Erich Anton Roos (Manisan)
4. Simfoni Kismis California yang terdiri daripada:
· Mufin Kismis California dengan krim
· Aiskrim Kayu Manis Kismis California
· Paf epal
Chef Emmanuel Stroobant tidak perlu diperkenalkan kerana chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre. Chef Erich Anton Roos, warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.
 
Antara pelbagai kelebihan Kismis California termasuk:
 Semula jadi sepenuhnya
 Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
 Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium (garam) secara
semula jadi
 Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular
dan sistem saraf)
 Sumber serat
 Sumber nutrien
 Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria
dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi

No comments :