Nov 18, 2021

SIMPLYSITI FOR ALL – REFLECTION OF PERFECTION THE BEST!

Hi Korang, 

Sekarang ni aku pulak yang excited dengan pelancaran makeup terbari dari SimplySiti. Siapa yang tak kenal Dato Siti kan, penyanyi tersohor no 1 negara. Kini SimplySiti sudah genap 11 tahun bertapak di Malaysia. Korang tahu tak ianya diperkenalkan pada tahun 2010 lagi. 

Untuk produk kali ini, sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia. Yang menarik warna matter semulajadi menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Ini untuk anda penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi.

“Kosmetik yang terbaru ini lahir sewaktu seluruh dunia dilanda bencana Covid 19. Memang terkena tempiasnya dalam perniagaan kami.

Namun, saya amat bangga dengan pasukan SimplySiti yang komited dan senantiasa berkerja keras. Memastikan yang produk ini berada di pasaran sebagaimana yang dirancang sejak awal lagi.”

MUDAH UNTUK WANITA SOLAT!

Produk ini telah dirumus secara sainstifik dan terbukti secara klinikal ianya mempunyai Sijil Halal Jakim. Ianya juga dihasilkan dengan penuh ketelitian bagi memudahkan wanita Islam menunaikan solat. 

Dato’ Sri Siti Nurhaliza tetap bersyukur, walaupun dalam keadaan pandemik pengguna setia jenama masih boleh mendapatkan produk mereka. Antaranya dari platform seperti Shopee, laman sesawang serta daripada ahli-ahli elit. 

ok sekarang jom tengok video kita unboxing koleksi makeup baru ni.

No comments :