Dec 30, 2021

Raikan Tahun Baru bersama PUBG Mobile! Hadiah 100,000 UC kembali ke Sunway Pyramid, Sunway Velocity dan IOI Puchong hujung minggu ini!


KUALA LUMPUR, 29 Disember 2021 –  Disebalik sambutan istimewa para peminat di Sunway Pyramid baru-baru ini, PUBG Mobile bakal mengadakan peraduan 100,000 UC buat kali kedua sempena Tahun Baru 2022 di IOI Puchong, Sunway Velocity dan Sunway Pyramid sekali lagi pada 30 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 bermula 5 petang - 10 malam setiap hari..

 Kali ini, pengunjung bagi ketiga-tiga pusat membeli belah itu bakal merebut peluang memenangi 100,000 UC apabila bermesra dengan watak-watak popular PUBG Man dan Spiderman. Dengan hanya bergambar bersama, memuat naik gambar itu ke laman sosial Instagram atau Facebook dengan menggunakan hashtag rasmi #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman anda bakal berpeluang memenangi hadiah menarik dan pelbagai barangan kekal di dalam PUBG MOBILE!

Bagi pengunjung Sunway Pyramid pula, pencipta kandungan idola anda seperti MasterRamen, Intan Serah, Miss Rose, Bravo Gaming dan Pemburu turut membuat penampilan khususnya bagi meraikan Tahun Baru 2022 bersama para peminat PUBG Mobile.

Pada 25 Disember lepas, kehadiran nama-nama terkenal seperti Firdaus Hashim (MasterRamen) Fattah Zakaria (FattahZie Gaming) , Azrul Anwar (J Hunter) , Shera Ahmad (Raasuzuran) dan Jaja Zuber mendapat sambutan hangat daripada pengunjung Sunway Pyramid dengan adanya tarian ‘Flash Mob’ oleh watak-watak seperti PUBG Man dan Spiderman. 

Manakala, ,makanan ringan Taokaenoi edisi terhad PUBG Mobile turut dihadiahkan kepada semua peminat yang bergambar bersama watak-watak PUBG MOBILE dan Spiderman. PUBG MOBILE juga menyediakan hadiah istimewa iaitu pencuci tangan sanitizer kepada semua peminat untuk memastikan semua hadirin sentiasa membasmi kuman dan membeli-belah dengan tenang.

Di samping it, tanggal 31 Disember 2021 turut memberi suntikan semangat kepada komuniti PUBG Mobile dengan pelancaran rasmi pendaftaran Kelayakan PUBG Mobile Pro League (PMPL) Musim Ke-5 tidak lama lagi! Buat kali pertama, PMPL akan disaingi tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina.

 Bermula 31 Disember - 9 Januari, hanya para pemain yang memiliki rank Ace dan keatas mampu berebut peluang dalam PMPL musim ini. Nantikan kejohanan ini dan #BeTheOne !

 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara tersebut, sila layari laman sosial PUBG MOBILE

       Facebook: PUBG MOBILE Malaysia

       Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia

       YouTube: PUBG MOBILE Malaysia

       Instagram: @pubgmobilemyofficial

 

About PUBG MOBILE

PUBG MOBILE is based on PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS, the phenomenon that took the world of interactive entertainment by storm in 2017. Up to 100 players parachute onto a remote island to battle in a winner-takes-all showdown. Players must locate and scavenge their own weapons, vehicles and supplies, and defeat every player in a visually and tactically rich battleground that forces players into a shrinking play zone. For more information, please visit the official PUBG MOBILE accounts on Facebook, Twitter and YouTube.

No comments :