Mar 6, 2022

Putrajaya Marriott Hotel memperkenalkan Ramadhan Buffet "Pentas Citarasa" 2022

Hi Korang, 

Kali ni aku nak bawa korang ke Buffet Ramadhan Review 2022 di datangkan khas dari Putrajaya Marriott Hotel. Untuk tahun ni mereka dengan bangganya mempersembahkan Pentas Citarasa sebagai tema Ramadhan 2022, Chef Zulkifli atau di kenali sebagai Waklan semestinya akan tampil bila Bulan Ramadhan menjelma. Ini kerana setiap tahun Waklan pasti akan memberikan konsep menu yang menarik perhatian para tetamu yang berkunjung terutamanya bagi mereka yang menjalani ibadah Puasa ni. 

Untuk pengetahuan korang tahun ini, sambil tetamu menjamu selera. Mereka akan di hidangkan dengan persembahan seperti alunan Gamelan. Bahkan ianya juga turut memberi kan suntikan baru di dalam tetamu menjamu selera di Zest Lifestyle Restaurant.
Saat yang di nantikan, lebih dari 100 juadah yang bakal terhidang untuk ramadhan kali ini terdiri dari makanan tradisi melayu  dan seantaro Asia. 

1. Juadah Berbuka Puasa 
2. Seafood on Ice
3. Thai Section 
4. Rojak
5. 7 Kawah Waklan 
6. Jalan Alor 
7. Medan Ikan Bakar
8. Little India
9. Glarious Italian
 
serta banyak lagi, kalau nak kita bercakap tentang makanan semestinya tidak akan habis yer cerita ni. Jadi apa yang aku boleh sajikan ialah gambar makanan semasa aku berkunjung ke Putrajaya Marriott Hotel. 


Pentas Citarasa @ Zest Lifestyle Restaurant,
4 April - 2 May 2022
6.30pm - 10.00pm 

Early Bird : Bermula dari 4 - 28 March 2022
RM 148.00 nett per Adult / RM 74.00 nett per Child
Normal Price
RM 188.00 nett per Adult / RM 94.00 nett per Child

untuk booking Hotline: 03 8949 8888 ext 1028/1029/1888
Whatsapp: +011 5685 5608

No comments :