Jul 12, 2022

Servis Lori Sewa Murah Oleh Mover2U


Adakah anda sedang mencari perkhidmatan lori sewa yang profesional dan murah? Mover2U adalah jawapannya. Dengan pasukan mereka, proses pemindahan anda pasti dapat dijalankan dengan lancar kerana mereka mempunyai pekerja-pekerja yang berpengalaman dalam bidang ini.

Mover2U telah menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan bagi memudahkan proses pemindahan pelanggan. Servis mereka adalah seperti di bawah:

1. Pindah rumah - Anda tidak perlu menyusahkan diri sendiri untuk membungkus dan mengangkat barangan berat seperti perabot besar semasa pemindahan rumah. Mover2U menyediakan perkhidmatan pindah rumah yang lengkap termasuk pembungkusan, pemunggahan, pembongkaran dan memasang perabot.

2. Sewa lori 1 tan - Jika anda memerlukan lori kecil untuk mengangkut barangan ringan, anda boleh dapatkan servis lori 1 tan. Anda juga dapat memilih jenis lori yang sesuai seperti lori kanvas biasa, atau lori transport.

3. Sewa lori 3 tan - Lori 3 tan juga disediakan dengan harga berpatutan sekiranya anda memerlukan lori yang lebih besar daripada 1 tan. Pakej lori sewa mereka termasuk servis pemandu lori yang selamat dan berpengalaman.

4. Perkhidmatan lori hantar barang - Mover2U juga menawarkan perkhidmatan lori hantar barang. Perkhidmatan ini sesuai untuk golongan peniaga terutama peniaga kecil-kecilan. Keadaan lori mereka sentiasa dalam keadaan baik demi menjamin keselamatan barang anda.

Mover2U merupakan syarikat lori sewa yang boleh dipercayai dan memiliki lesen perniagaan yang sah. Sebagai pakar pemindahan rumah, barang anda akan dikendalikan dan diangkut dengan baik dan selamat ke destinasi pada masa yang ditetapkan.

Anda boleh melihat testimoni daripada pelanggan yang menggunakan servis Mover2U sebelum ini:

“Servis sewa lori 1 tan dengan pemandu lori daripada syarikat anda tiba tepat pada waktunya dan boleh dipercayai. Perkhidmatan pelanggan sangat baik! Saya pasti akan mendapatkan perkhidmatan sewa lori 1 tan dari anda lagi pada masa akan datang. Disyorkan kepada semua!” – Encik Agus

“Kerja yang sangat bagus dari kamu. Makcik dan abang saya ada disana dan memberikan bantuan, pekerja anda tidak berhenti membuat kerja dan membantu
 
membungkuskan barang kami. Tambahan pula pekerja yang sangat mesra. Terima kasih! Saya pasti akan memilih Alwinz Biz Resources untuk servis yang lain juga.” – Vathanan

Jika anda berminat untuk menggunakan servis Mover2U atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk di bawah untuk maklumat syarikat mereka:

Laman Web: https://mover2u.com 
Nama Syarikat: Alwinz Biz Resources 
Emel: contact@mover2u.com
Whatsapp/Nombor telefon: +6016-879-1415
Kawasan servis: Kuala Lumpur, Puchong dan Petaling Jaya

No comments :