Emak balik kampung suruh rekod kesalahan adik


hye uols,

Entry ni sangat menarik bagi aku sebab time kecik2 dulu aku ingat lagi time tu mak aku nak balik kampung lepas tu sebagai sulung aku dikehendaki untuk menjaga adik2 aku yang lain. Time tu kita orang kecik lagi dalam belasan tahun, time mak aku balik kampung tu adalah dia suruh makcik aku tolong tengokkan kita orang masak untuk kita orang dan pastikan kita orang adik beradik ke sekolah.

kita orang semua adik beradik memang nakal dan kita orang takut gak kat mak kita orang sebb mak kita orang kalau dah start bersuara mauh retak rumah dibuatnya, ingat lagi hari tu sebelum mak balik kampung dia ada cakap kat kita orang 4 beradik ni sapa ada buat kesalahan kena catit dalam buku latihan
amik kau siap dengan masa dan kesalahan yang kita orang lakukan, dan time tu lah kita orang 3 orang adik beradik ni nak catit kesalahan adik beradik yang lain, dengan harapan mak balik nanti boleh bagi dorang ni hadiah kannn

ingat lagi time tu aku makan milo dalam tin pun di anggap sebagai satu kesalahan ok, aku pun tak nak mengalah dorang tak mandi petang aku pun catit lepas tu kalau dorang tak siapkan keje skola bagi aku itu semua kesalahan yang harus aku catit :)

siap bila aku ada masa free tu aku sendiri yang akan pergi padam kesalahan aku kat buku adik aku, gelak besar je time tu skali tengok esok paginya kesalan aku makin bertambah....

bila mak balik jer kita orang semua terus bertekak dan tak sabar nak bagi tengok kesalahan adik2 yang lain. Tapi mak buat cool jer, time tu aku pun tak faham sngt biasalah budak2 kalau orang tua dah suruh kita orang ikot je tak pernah membantah hahaha....

lepas tu mak balik tu bukan nak denda pun adik2 aku yang lain malah dia bagi kita orang setiap satu ole ole dari kampung.

Pengajaran:

so disebalik insident tu baru aku tahu dalam diam2 mak aku suruh terapkan kami adik beradik kalau buat satu kerja tu kita harus rekodkan untuk rujukan masa depan. korang faham ke tidak ni?

lecturer aku sendiri pun ada selalu berpesan dia cakap bila kita kat tempat keje nanti setiap project yang kita lakukan tu kena rekod sebab kiranya macam untuk jadikan bahan bukti, serius benda ni memang akan membantu kita pada masa akan datang : ) lagi pun buat rekod mampu membuatkan kita simpan sebagai bahan bukit yang projek kita buat tu dah siap betul tak?

#sekian dari budak suka rekod kerja

-psssst jangan lupa usha pic kat bawah ni ok barang baik punya-




No comments :