Terima Kasih Bedah sebab lukiskan doodle


 hye uols,

ingat tak hari tu mek ada mention yang mek akan released siapa yang buat header mek jadi cantik terletak gitu~ siapa lagi kalau bukan si pembuat doodle si Bedah Cantik uols

pada asalnya mek pun tak sedar akan kehebatan si Bedah ni boleh lukis doodle, lepas tu dia tag mek dengan satu sketch dan dari situ mek dapat tahu yang si Bedah ni boleh mencantikkan Blog Kifli Mally 

dan walaaaaaaaaaa~ 2013 si Bedah telah pun menghasilkan 5 character yang berbeza di dalam setiap doodle-nya.
so sebelum 2013 menjelang mek dah buat tempahan siap-siap dengan si Bedah ni sebab yelah dia pun bukan nya ada banyak masa yang free, tapi dengan commitment yang diberikan mek sangat suka dengan hasil sentuhan dari Bedah.
1st lakaran yang mek nak si Bedah ni lukis ialah #OOTD (outfit of the day) semasa ke runway fashion show MIFA. Kemudiannya lepaking at Pavilion dan yang penting heels tu amat menyengat yer, tapi dengan kehebatan mek yang tak dapat ditandingi ni mek boleh catwalk satu pavilion tu dengan kaki Gajah mek ni. 
 
 doodle kedua sempena #OOTD mek ke event Baskin Robbins Election yang di anjurkan oleh Nuffnang bertempat di publika. Tidak begitu banyak yang mek boleh ceritakan yer anak-anak
 
 doodle yang ketiga ni mek tak sure macam mana dia boleh dapat ilham untuk hasilkan doodle ni. Sebab kalau tak silap doodle ni dihasilkan oleh si Bedah dengan pilihannya sendiri. Hebat ko Bedah ko belek-belek album mek lepas tu ko doodle-kan gambar mek kan. Haha time ni mek ada event bersama dengan TKG Crew main jetsi di tasik uols, ada banyak aktiviti yang terbang-terbang sepanjang kat tasik tu haha.
 
 hurmmmm~ mek on heels again, yeah yeah yeah this time mek ada show dekat Putrajaya Marriott Hotel as opening gambit untuk company mana pun mek dah lupa. Hahaha kena drag lah uols dah nama pun buat show :) 
huh apa uols nak tengok mek drag? sabar yer nanti mek akan bagi tengok uols macam mana rupa mek kalau dah kena makeup~
  
 last but not least doodle terakhir yang dapat di hasilkan oleh Bedah, hurm time ni tengah cuci mata bersama dengan #zuzu, hurmmmm apa yang mek buat kat pavilion lagi ek? ooo yer baru teringat time ni mengidam sangat nak makan Tepanyaki kat foodcourt area.
 
 the latest doodle yang dihasilkan oleh si Bedah di blog beliau [klik sini]

from the bottom of my heart, mek nak ucapkan terima kasih yang amat kerana memberikan servis yang begitu pantas dan efficient. Kepada mereka yang nak try servis doodle dari si Bedah ni korang boleh lah tengok kat Facebook Page si Bedah ni ok. Bukan itu saja uols dah lah berpatutan dan murah apa yang korang inginkan akan confirm akan menampakkan hasil yang comel. So lets doodle bersama Bedah~

No comments :