Berbuka puasa di Angkasa lepas #IftarAngkasawan @ Capri by Fraser KL

hi anak anak,

Siapa sangka hari ni aku dapat berpeluang berbuka puasa bersama di dalam majlis meriah Dato Sheikh Muszaphar Shukor. Ekoran setiap tahun Dato pasti akan buat event berbuka puasa bersama dengan anak anak yatim dan piatu ini.

Tahun ni bersamaan dengan 22 June 2015, bertempat di Capri by Fraser Dato Sheikh Muszaphar Shukor mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama dengan adik adik comel kita dari Rumah Amala Limpahan Kasih di area Puchong. 

Seramai 40 orang kesemunya, adik adik kita ni terdiri dari anak yatim piatu, anak yang di tinggalkan keluarga dari segi tiada penjagaan yang terapi, dimana di
Sungguh bertuah ye adik-adik kita pada malam ini selain dapat mendengar kisah Dato Sheikh Muszaphar Shukor bagaimana kisah perjalanan beliau ke Angkasa Lepas yer. Sungguh luar biasa. Salah seorang wakil dari Malaysia untuk berada di angkasa lepas. Berpeluang menyaksikan keindahan dan kehebatan ciptaan tuhan yang maha kuasa. 
 ucapan alu-aluan yang ringkat di sampaikan oleh Dato Sheik Muszaphar Shukor.
Dalam ucapan ringkat beliau, sempat lagi menunjukkan video dan pengambaran semasa berada di angakasa lepas. Bertapa untung nya beliau dapat melihat dunia kita yang sfera ni. Bertukarnya siang dan malam. Meremang bulu roma dibuatnya!!! 
Wah meriahnya adik adik kita ni, dapat duit raya. Jangan boros2 ye adik. Tak mau tak mau macam tu haha
Selfie yang harus diselesaikan berama dengan orang2 penting di dalam event semalam haha.
dari segi penyediaan makanan, agak menarik perhatian sebab juadah masakan dan menu yang dijamu kepada para tetamu amat menyelerakan. Good Job Capri by Fraser. Serius aku sangat berpuasa hati dengan lauk pauk semalam. Selain dari menu. Kawan blogger aku mention bilik dan service apartment di Capri by Fraser ni pun agak meletup juga katanya. Pemandangan pool dia yang sangat menarik bila malam menjelang tiba.
Amboi kemain adik kita ni ye, berbakat rupanya. Suara lunak merdu sewaktu membuat persembahan nasyid.
 terima kasih kepada semua sponsor yang telah turut sama menjayakan majlid berbuka puasa bersama dengan Rumah Limpahan Kasih. Tanpa anda semua majlis ini tak berjalan dengan jayanya. Gituuuuu.....

No comments :