Happy Birthday Kifli Mally 2015

hi anak anak,

siapa sangka dah selang setahun umur aku berganjak! terima kasih kepada mereka yang sambut bufday aku pada tahun lepas. Birthday Boy Tahun Lepas.

Tahun ini sudah menjadi satu kewajipan untuk celebrate bersama dengan keluarga tercinta ^_^
Kalau kat kajang tu memang akan lepak dengan tempat yang sama je, restoran cina muslim haha. Boleh dikatakan semua hari jadi keluarga kami memang akan celebrate kat situ dari mak ayah dan adik beradik yang lain. 
bestnya bila ada adik beradik yang lain celebrate bufday kita, hehe buat pertama kalinya aku terasa sempurna keluarga ni sebab kalau tak yang bongsu tu confirm kat sabah lagi. So this time kami the siblings semua ada hehe...meriah ok.
 dengan siapa lagi kalau bukan dengan wajah kesayangan hamba ni ^_^
 ok lah ini yang aku cakap tu, keluarga yang sekian lamanya tak bersua, memang boleh dikatakan agak lama juga lah. Malam itu malam di mana aku sambut bufday kita semua sekeluarga dapat berkumpul hehe
 akhir kata tiada apa yang aku mampu nak ucap dan ungkap kan kat sini.
apa yang aku pinta ialah melihat orang2 yang tersayang di sekeliling aku terus hidup dalam keadaan sihat sejahtera. 

Ya Tuhan terima kasih kerana memberikan aku kehidupan selama 27tahun hehe, siapa sangka dah lama kita hidup kan wak. Setengah dari pada umur ini baru nak bermula, sedangkan orang lain sudah banyak mengecapi cita masing2. Takpe biarkan lah aku berusaha sendiri dan mungkin dari hasil itu aku mampu beri tunjuk ajar kepada orang lain ^_^ 

berbakti selagi mana termampu!!!

Selamat Hari Jadi Kifli Mally 

oh yah! sebelum terlupa. aku nak wish berbanyak terima kasih kepada mereka semua yang sudi ucapkan Message Hari Jadi Kifli Mally - Tak kiralah mereka semua dari Facebook, Wechat, Instagram, Twitter dan segalanya ^_^ 

walaupun kita tak kenal sangat dalam laman sesawang platform ni tapi apa yang pasti kita semua boleh berkenalan sesama sendiri kan. Keep on spread this LOVE.... 
video

#TeamPanAsian: Cerita Kes Penceraian!

 hi anak anak,

kannnn dulu kalau tak silap ada satu trend di mana setiap hari dan setiap minggu semua orang masuk berita, paper dan magazine cover pasal penceraian rumah tangga. Haiyoooo apa yang telah berlaku uols, time tu rasanya memang kebetulan lah! haha

Lepas tu kami pun mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan apa yang akan terjadi sekiranya semua wanita dan lelaki bercerai. Dan apa yang menyebabkan situasi ini dari terus tercetus.

bincang punye bincang kami dapat konklusikan seperti dibawah:

1. Perwatakan sebenar pasangan - yer! ini adalah perkara yang perlu di ambil dengan serius kerana sebelum kau mengenali dia dengan lebih mendalam dan tinggal serumah kau merasakan lelaki/wanita itu cukup sempurna untuk di jadikan peneman seumur hidup. Haha berantakan uols bila di kaca TV retis ini nampak cantik bila dah sampai rumah tak larat nak cuci make terus tidur dengan harapan esok pagi bangun seperti Cinderella. 

2. Terlalu mem-plastikan diri - ini sudah menjadi sinonim kepada lelaki/wanita yang terlalu menjaga tingkah laku, kiranya nak jadi Mr and Mrs perfect 10 gitu. Takanak pecah lobang kelemahan diri sendiri di hadapan pasangan. Itu sewaktu bercouple tapi bila dan hidup sebumbung, drama itu terpaksa dihentikan sebab tak larat nak cover rina. Habisssss semua pecah lobangs masing2 kan. Terus sesal separuh nyawa diK!!! bah kata kak alyah haha

3. Alaaa dia boleh terima aku seadanya! - Yer memang betul dik kau kawin bukan dengan bangla atau pakistan, kau kawin dengan orang yang kau sayangi dari dulu lagi, bak kata SEHIDUP dan SEMATI tak begitu? Uols siapa yang boleh terima diri uols seadanya kalau hari2 berak dalam seluar!!! ko cakap dengan aku? kalau sekali kau terberak dalam seluar sebab buat aksi TWERK! itu takpe aku faham, tapi kalau dah berhari2? Pasangan ada perasaan dik? Dont ever take your partner for granted! gituuuu hebat tak pembayang mek! siap pakai taik lagi !hahahahah

4. kau fikirlah sendiri!!!! selebih nya lebih kurang macam video IG aku kat bawah ni ok!!!...





selamat menjalinkan hubungan till jannah!!! anda buat anda tak rugi!!!!

Kyuubi kamu kurang sihat ke?

hi anak anak,

korang for sure kenal my anak anak bulus kan?
Encik Kyuubi.

sejak akhir2 ni. Entahlah kenapa terasa seperti Kyuubi lemah dan tak bermaya, selera makan dia pun dah kurang, dan lebih merisaukan bila dia semakin kurus, tak seperti Jacob yang lebih gebu dan besar.

InsyahAllah sabar yer, Encik Kyuubi nanti aku bawa kau pergi jumpa doctor, entah apa yang membuatkan kau sedih dan tak bermaya, rind dengan gelagat kau seperti dulu2 kata. Nakal tak ingat dunia, sofa dah tak rupa sofa ko dengan the rest cakar kan. 
Budak lain kencing kau yang aku hambat dengan rotan haha. Ko tetap gigih bermanja dengan aku....
malam ni kyuubi rehat kat tempat biasa di sebelah tidurku. Itu adalah tempat dia untuk landingkan diri. 
manakala Jacob di bawah kaki ku. Manakala mak bunting Puteh, di bawah katil beralas kan carpet brown.
lena kan dia tidur....haish tak sampai hati nak kejut.
kadang tu dia tertendang2 sebab mimpi buruk agaknya haha.

Gomen memang suka curi tulang?

hi anak anak, 

hahahhaha rasa2 terbakar tak dengan statement tajuk blog kali ni?
gila ko tak terbakar, sedap mulut je orang nak point kan? abis tu kalau kerajaan ni semua main curi tulang je confirm dah lama ranap malaysia ni kalau nak di ikutkan haha.

actually semua tu hanya segelintir jer, sebab kita percaya kawan kawan aku takde lah sampai teruk macam ni sekali, tapi bab2 nak meniaga tu aku boleh consider lagi lah, sebab nak tambah sumber pendapatan gitu.

dulu kan mak2 kita selalu bilang, kalau mau kawin makesure orang tu orang gomen sebab gaji mereka banyak, apply loan senang, apa2 minta semua diluluskan dengan serta merta. 

tapi itu bukan seperti lawyer, cikgu dan penjawat tinggi awam. Kalau yang kerja sebagai kerani, admin biasa, pangkat rendah, dan seumpananya.!!! haish 

actually benda ni terpulang lah pada diri sendiri untuk menilai kerja kalian. Hanya segelintir jer yang berperangai suka curi tulang ni. Kalian kenal siapa diri kalian.... ^_^


Food Review: Pizza Pastry Crown by Pizza Hut @ Quill City Mall.

 
hi anak anak,
amaran keras, overloaded picture. ^_^

korang sudah try makan pizza baru sempena Chinese New Year 2015.
keunikan kerak keju tiga rasa lepas tu dilapik dengan pastri rangup keemasan uols. Ok kalau korang belum rasa mari ikut aku dengan geng2 blogger yang lain menikmati Resepi Baru dari Pizza Hut ni.

 tadaaaaa desert yang sedap sedang menanti ^_^
 
 wajah budak2 yang tak sabar nak menjamu selera ^_^
nampak Pizza memang sungguh menyelerakan, Serius aku makan hanya 2 portion memang dah full giler, so makesure kalau korang tengah craving gile nak makan pizza, Pastry Crown adalah yang terbaik korang pergi.
 Selain dari itu, Pihak organizer ada juga menyediakan aktiviti yang menarik seperti alihkan guli menggunakan chopstick
pertandiangan makan limau, ayoooo amaaaa limau tu dah lah manis aku rsa dorang ni sure akan terasa tekak tu manis je haha.
 
dan tak lain for sure kena ada best dress wohoooooo....
 Pizza Hut Grammy Award Selfie TIme.
 
 Yeahhh, lepas tu ada yee sang celebration.
Tarik tinggi2 uols jangan tarik rendah nanti umur rendah tak panjang hahaha,
last but not least tak nak lepaskan peluang berphoto gediks dengan si Marsha yang anggun jelita ni. 4 snap dia sorang je yang bergerak, aku statik macam kayu haha
 Yeahhhhhhhhhhh dah berakhir pun event malam tu, simple dan walaupun terasa kejap hilang stress bekerja dapat jumpa rakan rakan blogger yang lain.
 thank Pizza Hut sebab bagi kita Limau sebakul ^_^
start 28 January - 31 Mac 2015

tips in advance: Kalau anak anak tambah RM6.00 uols akan dapat menikmati piza pasty crown melalui Combo Huts Delight Meal dan Big Double Box. Atau pun korang boleh enjoy Big New Year Box Sesuai untuk 3 dan 4 orang dengan harga RM 47.90 sajo.