Rizalman & Neelofa buang masa je bertekak di sosial media (Instagram)


hi anak anak,

belum reda lagi dengan issue panas Mak Hayam Sado negara iaitu Azwan Ali dengan issue kekeliruan "Menate" nya itu. Di tambah pula dengan issue pereka fesyen tempatan dan artis Nelofa.

Dua dua memasing sama hebat sama letop, tapi masalahnya masing2 menjual barangan online. Bila dah sibuk mencari rezeki lebih di bulan ramadhan ni terkena tempias tempias sikit masing2 dah nak melatah.

Statement dari Rizalman:
memang di akui yang Rizalman nak buat hashtag tu untuk mengelakkan orang lain dari test market di dalam hashtag #rizalmanforzalora. Sebab utama si peniaga dia nak kumpul koleksi tu untuk memastikan kualiti dan feedback dari customer, lepas tu boleh tengok bagaimana mereka menggayakan rekaan rizalman. 

Tapi rizalman seharusnya bersiap sedia dan beringat, di mana di dalam pengunaan social media ni, penggunaan hashtag memang tiada had limit. Dimana ada lubang dan peluang disitu lah orang akan port entry dan promote produk mereka, apa yang penting??? MASYUK dan BUSINESS JALAN Dapat SALE hati senang. Rizalman sepatutnya

Sayangnya concept hashtag ni kalau orang dah start pakai kita pula sebagai creator tak boleh nak delete. Sebab penggunaan hashtag ni terlalu umum dan open to all public. 
Jadi di dalam issue macam ni, stokis neelofa yang akan dipersalahkan.

komen dari Neelofa yang berbunyi halus sedangkan dituju kepada rizalman:

 kebiasaan nya, orang kalau dah dicucuk takkan nak berdiam diri kan? Kalau pula time tu mood tengah tak baik, haruslah di lontarkan statement puaka yang berlapis lapis tebalnya. Tak kisah lah dia direct point dekat orang tu atau pun secara bagi hint je tapi yang penting komen tu dapat puaskan hati kan nasib diri terbela gitu. 

Ini apa yang KM fikir lah, tak salah nya kalau neelofa berlembut dan beralah dengan membalas komen dari Rizalman tu, menyatakan dia tak taw pun stokis dia akan kacau hastag tersebut. Tapi neelofa tu ada masa ke nak advise stokis dia satu persatu? Retis popular mana ada masa nak buat semua benda2 ni kan? Tapi stil tak salah kalau neelofa create comment berbaur seperti tu kan? orang akan lebih respect lagi adalah...
tapi comment yang last sekali ni WIN! win bukan sebab apa? sebab statement di atas ni menjadi pembuka selera kepada semua jenis lapisan masyarakat untuk BASH rizalman. contoh comment yang KM maksudkan korang boleh pergi baca sendiri kat beautifulnara.com

 Haters Dan keyboard Warrior: 
sememangnya KM paling suka part keyboard warrior dan haters ni, tang bila mereka bertekak sesama sendiri mempertahankan feveret retis masing-masing. Walhal yang banyak comment tak ikut akal ni kebanyakan nya budak budak sekolah dan kolej. Sebab time ni otak memasing tu berfungsi nak berdebat, siap keluarkan dalil masing2. Hampir separuh aku baca comment dari mereka ni semua, dan majoritinya mem-bash rizalman, sebab apa? Sebab dia bapok tua? eh mulut jangan macam loji taik yer. Tak baik haha. Ini semua sebab statament daam gambar terakhir tu menunjukkan diri rizalman ni jenis cepat melatah.

korang percaya tak kalau statement tu dikeluarkan oleh Neelofa, dan mungkin di ruang comment tu penuh dengan haters dan keyboard warrior mencaci neelofa pula? Semua tu tak mustahilkan? cuba korang tengok entry gossip yang melibatkan neelofa, teruk juga dikenakan. Sampai takde ruang udara untuk bernafas lah dibuatnya. ^_^

cuci kaki: apa pun kesudahan nya, setiap orang memang mempunyai perasaan di mana ingin melindungi diri dari taik orang lain, gila ko kena najis orang lain PM pun boleh mengamuk di buatnya. Inikan pula kita manusia biasa yang tiada label dan darjat hidup. Retis ni sememang nya tak perlu lah nak bertekak dan bergaduh sangat, sebab industri malaysia ni kecik sangat dik. Tersangat sangat kecik. Kau pusing2 keluar masuk jumpa CERMIN yang sama. Tapi kenapa cermin? yelah cermin diri sebelum nak mencarut orang lain. Opssss BYE!!!

p.s: semua gambar adalah hak terindah dari BeautifulNara.com

Dalam aplikasi Waze pun boleh flirt.

Hi anak anak,

siapa sini pengguna tegar waze
rasanya uols semua confirm pernah pakai application ni kan? 
kalau korang tak suka pakai waze pun mungkin korang pakai googlemaps kan?

sudah menjadi kebiasaan bagi KM kalau nak pergi ke lokasi baru confirm Waze memang penyelamat aku. Life savior kekdah nya. Plus aku suka waze sebab dia jenis friendly user. Senang nak indicate jalan mana yang KM nak gunakan.
 
eh korang tahu kan Waze ni narrator voice tu boleh tukar ke bahasa melayu kan?
500 meter belok ke kiri.
anda sudah bersedia? saya sudah! ahaha memang funny rasanya tapi itu yang membuatkan waze ni best.

kalau korang jenis yang banyak kawan kat Waze tu, for sure tiap kali korang online waze ni, rakan dalam list korang sure akan beep beep. So korang pun boleh beep beep mereka balik.

tapi ada juga yang KM tak berapa kenal, atau just main approve orang je. cuba tengok mesej screen kat bawah ni
 haha nasib baik ayat2 yang sopan je KM dapat, kalau dapat yang berbaur lucah? nangis kejap ^_^

Komen Sasha Saidin tentang Account Palsu KIFLI MALLY

hi anak anak,

hari ni KM nak cerita kat korang semua account gambar aku di salah guna oleh seorang budak yang memang tak di kenali identitinya. Ni pun normally aku dapat tahu dari semua kawan2 aku kat Facebook, sebelum ni aku dah kena banyak kali kat Wechat.

Scenario 1 Wechat:
kak bed ni adalah kawan kak senduk (meriahuols) kalau tak silap lokasi di sekitar Johor, sebab time tu kak bed ni jenis test market, so dia pun look around lepas tu kak bed nampak pic aku kat result hasil tangkapan kak bed. Lepas tu dia berborak dengan jantan (palsu guna image aku sebagai profile dia) lepas tu kak bed ajak dia jumpa. Time tu nasib baik tak terlanjur jumpa sebab kak bed tunjuk pic tadi dekat kak senduk. Then kak senduk terus muntah hijau "Bed ini pic Kifli Mally ok, uols nak berlessy ke? choi!!!" kerang cannot fight with kerang uols. haha 
gambar ni lah dia pakai kat Wechat account dia tu .
Scenario 2 Wechat: 
Area Seremban (kalau tak silap) ada sorang adik perempuan ni, dia tegur KM kat wechat dia mentioned siap dengan print screen lagi. Dia nak confirmkan betul ke itu account KM sebab ada orang tu tengah nak hunt/cari muka dalam profile tu which is muka tu adalah muka aku GILA!!!! ko ghasa aku sempat baca dia siap nak upah siapa dapat jumpa budak ni? which is referring to my self. Mau di gomolnya aku beramai2 tak ke mati dibuatnya dikkkk!!!! Arghhh phitam nanti dapat anak luar nikah!!! #EH over sudah....

Scenario 3 Facebook (Recently happening) 
Aku rasa benda ni still baru lagi, ni pun kawan X college aku yang inform, siap invite masuk kedalam group tu. Tapi taku takde lah terus sergah budak tu, cuma aku stalk pic aku yang dia guna, setiap kat timeline dia.
 huh korang ghaser? semua pic aku yang hazab kot. Gigih pula dia guna, cuba lah cari orang yang lebih tampan dan jauh lebih elok dari aku untuk goda orang ramai hahaha....
 Tang ni baru Sis @SashaSaidin masuk comment kat IG aku. Dia mention benda ni lebih kurang macam MTV show CatFish. Dimana mengisahkan orang yang pakai identiti orang lain untuk mencari kawan, sama ada niat dia nak cari kawan atau pun nak buat benda benda yang tak senonoh kat orang lain. Haishhhhh
rupanya Sasha Saidin pernah juga tertipu dengan mamat yang menyamar pakai pic profile orang lain. Memang sedih betul cara mereka ni nak kenakan orang lain kan? Sangat tak masuk akal. Aku buat entry ni bukan untuk menunjuk2 atau pun nak show off kata feeling popular ke apa? cuma apa yang aku nak try pesan kat sini, kalau nampak orang guna pic korang, sila report account mereka dengan secepat yang mungkin bagi mengelak kan benda2 yang tak baik terjadi. 

Yelah kita tak tahu kan apa yang dah di rancang oleh orang lain, hinggalah situasi ini umpama Nasi dah Jadi bubur. KM pula jenis yang kuat berselfie so mungkin ini salah satu consequence yang perlu aku hadapi.

Tips Ramadhan: Gusi Berdarah + Mulut Berbau di siang hari. Bukan lagi masalah

hi anak anak,

Pernah tak korang hadapi situasi dimana kalau korang bercakap di bulan puasa, tanpa korang sedari rakan sekerja korang start menjauhkan diri atau buat buat cover hidung konon nya fokus mendengar perbualan uols. 
wekkkkkk mulut uols busuk macam bau selipar terbakar!!!! 
semua itu tips untuk mengakkan dari terus terhidu mulut takung loji korang di siang hari ok. Mulut kita bila kosong selama beberapa jam enzim kimia akan membuatkan mulut kita tak selesa erti kasar mulut bau longkang. Dan ini akan menyebabkan orang lain juga turut tak selesa. 

jadi gusi berdarah memang selalu terjadi kat KM, jadi apa yang KM lakukan ialah bila selepas bersahur atau pun pada waktu pagi sebelum bersiap ke office. KM akan berkumur dengan cecair pencuci dan penyegar mulut Lesterine 
 Kenapa perlu berkumur dengan Lesterin terlebih dahulu?
Ini pendapat dari KM lah, sebab cecair ni jenis kuat dan boleh buat gusi uols terasa seperti kebas di penuhi mint pudina gitu. Jadi secara automatiknya gusi korang tak akan berdarah semasa memberus gigi. 

korang perasaan tak gusi yang jenis sensitif tu, terkena lidah sikit pun gusi berdarah kan? jadi cuba berkumur dengan Lesterine terlebih dahulu.
 Selepas berkumur tu, di susuli dengan Ubat gigi jenama Darlie.
Kalau boleh tolong cari jenis Expert White. Apa yang KM suka tentang toothpaste ni dia jenis bersifat brangin selepas memberus gigi. Nafas dari dalam mulut terasa seperti mint dan segar. 
Pertama kali KM try ubat gigi ni memang berkenan sampai habis terus beli kat Superhero Market ^_^
Uols last sekali, kalau tak silap KM ada terbaca atau pun terdengar di radio, kalau terasa Gusi tu berdarah sila berkumur dan buang yer, bila korang tahu gusi tu berdarah dan korang tertelan darah tu, puasa dengan automatiknya BATAL yer anak anak, sebab darah gusi itu di kira sebagai najis.

Selamat bernafas dengan mulut yang lebih segar selepas ni. 
khidmat hadek hadek berkahak tebal ini dibawa khas dari blog Kifli Mally Dot COm. 

Food Review: Kemeriahan Tino's Pizza Cafe bersama Chatime King of Mango Shake @ Nexus Bangsar

hi anak anak,

Siapa sini penggemar PIZZA? Amboiii kemain semua angkat tangan tinggi2, KM pun salah seorang yang suka makan pizza ok. Sebab ramuan pizza di tambah pula dengan crust pilihan mengikut citarasa asli.
 
Kali ni KM nak share dengan korang semua Brand terbaru Pizza Gebu dari Tino's Pizza Cafe.
Sebelum ni KM ada buat entry tentang Tino's Pizza menyediakan Ramadhan Set. Tapi kali ni KM nak bercerita tentang keunikan resepi di Tino's Pizza Cafe ni dan cara penyediaan yang sangat cepat dan ekslusif.
 Salad Buah - RM10.90
KM paling suka sauce (yogurt) dia memang kena dengan buah beraneka jenis ni.
Peanut Butter Fries - RM9.90
Yang amat menyelerakan, KM jenis kalau dengan peanut ni kena ada air yang banyak sebab akan membuatkan KM jenis tekak haus hehe. Gambar memang merujuk kepada ciri jenis
Mr Tino Pizza
Large 8pcs - RM 37.90
Medium 6pcs - RM 24.90
Apa yang korang nampak di atas ni, Crust Pizza tu kita orang di hidangkan dengan Crust Thin and Crispy. Luckily we had in thin and Crispy crust kalau dapat yang jenis gebu contoh seperti Classic Neapolitan Crust memang tebal dan anjal crust tu.
Bukan tekun lagi Miss Jessica ni explain menu terbaru dari Tino's Pizza Cafe. Sangat appreciate dengan explanation dan serve yang disediakan kat kita orang semua.
Lamb Abruzzo 
Large - RM38.90
Medium - RM25.90
Crust yang di gunakan adalah Classic Neapolitan. Tengok betapa gebunya pizza itewwww.
Puerto Spaghettini - RM 25.90
Kepada penggemar seafood, korang memang sesuai jamu menu ni. Nampak portion tu ada banyak sangat hidupan laut haha. Meriah kan?
Pizza Lemonberry - RM18.90
Dessert ni yang paling menarik perhatian, sebab dia buat dessert dari bentuk Pizza cuma comel sikit sebab acuan bintang. Cream tu jangan cakap lah memang boleh gemok di buatnya, sangat sedap dan tak tahu pula boleh di makan dengan doh pizza. Korang patut try yang ni ok.

Penyediaan:
Dari segi penyiapan dan serve yang pantas, KM sempat masuk ke dalam dapur, boleh lah nampak di sebalik tabir apa yang berlaku. Curi tengok sikit bagaimana mereka siapkan dalam masa kurang dari 2 minit. Yer memang betul mereka cuba siapkan satu pizza kurang dari 2 minit.
Dengan ramuan doh pizza yang sangat hebat tu mreka tak perlu untuk memasak dengan suhu yang lebih tinggi dan lama, disebabkan oleh ketuhar ni yang sungguh canggih. Boleh bakar menu ni dengan cepat sekali.
Chatime - King of Mango Shake.
 
sebagai penutup, memang tak sah kalau cuba Chatime terbaru ni, korang tahu tak? chatime ada flavor baru iaitu King Of Mango Shake. Kelassss ke tidak?
Hehe KM nak nasihatkan kepada korang bila try flavor mango shake ni request kat mereka kurang gula syrup tu. Sebab kalau tidak nanti korang akan terasa kemanisan yang amat sangat. Tak nak potong kaki lagi kan  muda2 macam ni haha.

ok lah nanti ada review kita jumpa lagi....

Berbuka puasa di Angkasa lepas #IftarAngkasawan @ Capri by Fraser KL

hi anak anak,

Siapa sangka hari ni aku dapat berpeluang berbuka puasa bersama di dalam majlis meriah Dato Sheikh Muszaphar Shukor. Ekoran setiap tahun Dato pasti akan buat event berbuka puasa bersama dengan anak anak yatim dan piatu ini.

Tahun ni bersamaan dengan 22 June 2015, bertempat di Capri by Fraser Dato Sheikh Muszaphar Shukor mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama dengan adik adik comel kita dari Rumah Amala Limpahan Kasih di area Puchong. 

Seramai 40 orang kesemunya, adik adik kita ni terdiri dari anak yatim piatu, anak yang di tinggalkan keluarga dari segi tiada penjagaan yang terapi, dimana di
Sungguh bertuah ye adik-adik kita pada malam ini selain dapat mendengar kisah Dato Sheikh Muszaphar Shukor bagaimana kisah perjalanan beliau ke Angkasa Lepas yer. Sungguh luar biasa. Salah seorang wakil dari Malaysia untuk berada di angkasa lepas. Berpeluang menyaksikan keindahan dan kehebatan ciptaan tuhan yang maha kuasa. 
 ucapan alu-aluan yang ringkat di sampaikan oleh Dato Sheik Muszaphar Shukor.
Dalam ucapan ringkat beliau, sempat lagi menunjukkan video dan pengambaran semasa berada di angakasa lepas. Bertapa untung nya beliau dapat melihat dunia kita yang sfera ni. Bertukarnya siang dan malam. Meremang bulu roma dibuatnya!!! 
Wah meriahnya adik adik kita ni, dapat duit raya. Jangan boros2 ye adik. Tak mau tak mau macam tu haha
Selfie yang harus diselesaikan berama dengan orang2 penting di dalam event semalam haha.
dari segi penyediaan makanan, agak menarik perhatian sebab juadah masakan dan menu yang dijamu kepada para tetamu amat menyelerakan. Good Job Capri by Fraser. Serius aku sangat berpuasa hati dengan lauk pauk semalam. Selain dari menu. Kawan blogger aku mention bilik dan service apartment di Capri by Fraser ni pun agak meletup juga katanya. Pemandangan pool dia yang sangat menarik bila malam menjelang tiba.
Amboi kemain adik kita ni ye, berbakat rupanya. Suara lunak merdu sewaktu membuat persembahan nasyid.
 terima kasih kepada semua sponsor yang telah turut sama menjayakan majlid berbuka puasa bersama dengan Rumah Limpahan Kasih. Tanpa anda semua majlis ini tak berjalan dengan jayanya. Gituuuuu.....