Jul 24, 2010

Kisah merpati dua sejoli. Mari saya cerita untuk korang semua


pigeon reading booksok kawan-kawan mari saya cerita tentang sepasang kekasih ni...khas di pagi sabtu

Suatu ketika dahulu ada sepasang kekasih sedang menyemai bernih cinta kasih sayang. Mereka mengenali satu sama lain untuk tujuan hidup bersama dan mengharapkan keredhaan, dirahmati serta kasih sayang dari Allah untuk perhubungan mereka yang suci agar Allah menjodohkan mereka dan memberi kebahagiaan serta semoga perhubungan mereka kekal hingga akhir hayat.
Hanya mati memisahkan mereka. Si lelaki berjanji untuk menjaga, melindungi dan memberi kasih sayangnya kepada si perempuan dengan sepenuh hatinya. Si Lelaki amat mencintai si perempuan. Si Lelaki bersedia untuk mengahwini kekasihnya dan menerima seadanya kekasihnya tanpa memikirkan hal2 lampau mereka dahulu.

Suatu hari kekasih si lelaki tersebut ingin memutuskan perhubungan mereka kerana si perempuan tersebut mendapati dirinya sakit leukimia tahap dua dan menyuruh kekasihnya cari pengganti dirinya. Si Perempuan tersebut tidak ingin menyusahkan Si Lelaki itu suatu hari kelak sebab jika mereka menikah dan ditakdirkan ada anak. Dia akan meninggalkan suami dan anak2nya yang masih kecil. Dia tak nak suaminya dan anak2nya bersedih.

Si lelaki terbabit tidak kisah semua itu, dia dapat terima seadanya bakal isteri tersebut sebab baginya manusia tetap akan mati. Lambat atau cepat sahaja. Baginya ada juga manusia yang sihat mati dulu dari yang sakit. Kita tak tahu bila tarikh kita akan meninggal, apa yang penting bersiap sedia untuk menghadapi kematian dengan segala amal ibadat. Si lelaki terbabit amat menyayangi dan mencintai kekasihnya dan jika boleh dia nak berkahwin dengan kekasihnya dan menjaga kekasihnya hingga nafas terakhir. Dia nak tunaikan janjinya pada kekasihnya. Si lelaki terbabit amat bersedih dengan keputusan kekasihnya.

Sekarang Si Perempuan terbabit menyuruh kekasihnya lupakan dia dan kasih mereka makin jauh. Si Perempuan tersebut ingin melupakan segala kisah suka dukanya. Sekarang si perempuan tersebut serah pada Allah akan jodohnya. Si Lelaki terbabit juga pernah juga membuat kesalahan pada kekasihnya dan kemungkinan juga kekasihnya terasa hati dan si lelaki tersebut amat menyesalinya kerana tidak dengar nasihat kekasihnya. Si lelaki tersebut
juga tidak sempat menunaikan hasrat terakhir ibunya. Kekasihnya menderita kerana sakit dan si lelaki tersebut ingin mengambil kekasihnya sebagai isteri dan ingin menjaga tetapi mereka tiada kata sepakat an berserah pada Ilahi.

Persoalannya :

1. Patutnya mereka berpisah berdasarkan cerita tersebut?

2. Jika anda menjadi mereka, apa perasaan anda dan keputusannya?

3. Si lelaki tersebut ingin menunaikan janjinya dan dia amat sedih dengan
keputusan kekasihnya.

4. Si Perempuan tersebut ingin memutuskan perhubungannya dan beri peluang
kepada kekasih cari penggantinya tetapi kekasih tidak mahu dan hanya ingin
bersama kekasih hingga nafas terakhir.

Apa pandangan dan pendapat kalian. Walaupun ini hanya cerita tetapi kita
boleh kongsi pendapat dan idea yang bernas?

merpati dua sejoliabg janji takkan tinggalkan ayang!!! :

p/s : aku harap mereka bahagia hendaknya....

QieflysiDolce

4 comments :

aque said...

bagi fara, sebagai perempuan... farah pun akan buwat benda yang sama.. walau pun owg cakap.. jodoh ketentuan semua di tangan tuhan...

KiFli MaLLy said...

@aque
all the best to u farah....

Aina Rahman said...

yep...jodoh pertemuan di tangan Tuhan. kalau aina pun, aina akan buat menda sama. hurm

fajar alank said...

cinta diawali dengan senyuman...diakhiri dengan air mata....