Aug 21, 2014

Result pemenang Uji Bakat: Drama bersiri #Seludup

 
Hi Uols,

korang masih ingat lagi tak mek ada mention kat entry yang lepas pasal Drama Bersiri: SELUDUP. Uji Bakat Seludup menang RM15,000. 

Wow siapa sangka rezeki ni dapat kat dua bakal pelakon di dalam Drama bersiri 13 episode SELUDUP!
pertama sekali mek nak ucapkan tahniah! sebab anda telah terpilih sebagai pemenang di dalam drama bersiri Seludup ni. 
Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun)
 Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun)
Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”.


lepas ni tak sabar nak tengok mereka berlakon di dalam Seludup ni. Wow bukan main lagi bergandingan dengan Retis hebat seperti Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah. Selain dari itu Jehan miskin pun turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama berlakon di dalam Drama Bersiri Seludup ni uols.

Pelancaran hasil dari AstroMalaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd, drama bersiri ini very the banyak memberikan pengajaran kat kita semua tentang bahayanya seludup ini kepada masyarakat setempat. Kesan nya turut boleh di lihat dari segi kerugian sosio ekonimi negara.

Pada 25 Jun 2014 yang lepas, lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Haiyoooo ko mampo ke tidak? begitu ramai yang ingin mencuba nasib tapi, rezeki berpihak kepada mereka berdua ni.

 percaya atau tidak, selain dari dapat berlakon mereka juga menang hadiah bernilai RM15,000 ^_^
kepada korang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari link ini www.facebook.com/seludup   
 
 eh! korang dah follow instagram Seludup ker?
rugi ok, sebab korang boleh tengok perkembangan mereka hari demi hari kekdahnya hahahah