Jul 17, 2019

Aku dah give up LESEN aku tercicir, rupa-rupanya...

serious wei, selang beberapa hari yang lepas aku sedar lesen aku hilang. Aku syak tercicir dekat mana-mana since aku jenis slot in lesen dan card yang lain dalam pouch nike aku. Lepas tu aku ni pula kalau weekend ada je merayap ke sana sini. 

Aku perasan lesen ni hilang bila aku nak register dekat Q Sentral. Kebetulan yang jaga reception dekat Q Sentral tu kawan aku juga. Aidel sure korang kenal dia. haha What a small world kan??? Bila nak register tu aku terbelek2 dalam pouch, jenuh mencari dengan nada mengeluh aku keluarkan IC instead of Lesen. 

Lepas meet up client tu aku dah jenuh google macam mana procedure untuk gantikan LESEN yang hilang, ouh step dia sangat mudah. Korang boleh google sendiri ok.


Ok nak di jadikan cerita dalam beberapa hari kemudian aku rush balik dari office sebab nak hit up gym class. Settle dalam pukul 8 macam tu aku pun bergegas balik sebab nak pick up laundry, sebab dobi dekat permaisuri ni dia tutup dalam pukul 9 malam. 

Aku sampai je dekat dobi, terus aku serahkan resit dekat budak lelaki yang memang always akan layan aku, dan dia pulak always busy bergayut dengan makwe dia. Aku syak dia ni Myanmar atau dari siam. Bila dia jumpa dobi aku dalam beg plastik ikea dia terus bagi tahu. 

"Abang dalam ini ada IC abang"
Kemudian minah indon yang busy iron baju tu pun datang tunjukkan dekat mana dia simpan lesen aku tu. Rupanya dia sisip Lesen aku di balut dengan sekeping kertas. 
"Lohh Abang tapi IC nya tu sudah di basuh dalam mesin basuh ya" kata si minah indon
Oh tak mengapa, asal kan jumpa. Fuhhh dalam hati aku tak perlu lah nak pergi ke JPJ bagai untuk ganti yang lain. 

Thanks ye sebab simpan kan LESEN aku ni, time tu aku nak hulur duit untuk reward mereka tapi time tu pulak cukup2 bayar dobi haha. Takper aku kan regular customer dekat dobi ni, insyahAllah nanti aku belanja korang berdua Dominos ok!!!!

Bersyukur, sebab LESEN aku tersisip di dalam baju kotor aku, cuba korang bayangkan if tercicir dekat mana-mana which aku sendiri tak tahu dekat mana? haha...ok sekarang plan nak belanja pekerja dobi ni pulak....

No comments :