Jul 27, 2021

COOLBLOG MEYANTUNI KELEMBUTAN RASA DAN TRADISI LEGASI JEPUN DENGAN SIRI MINUMAN BAHARU - GEISHA GARDEN


hi Korang,

Konnichi wa, salam sayang dari Jepun. Bersempena dengan Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung pada 23hb Julai 2021. Coolblog sekarang ni melancarkan minuman berperisa baru. Ianya seiring dengan tema Olimpik di mana kita nak berikan sokongan padu kepada para athlete malaysia. Jadi kita di samping menyaksikan secara langsung pertandingan yang berlangsung di Tokyo, Japan. Alangkah baiknya kalau kita pun turut sama menikmati minuman baru dari Coolblog ni. 

Terdapat dua flavour guys dimana berkonsepkan Kempen Geisha Garden: 
1. Yubari Melon - RM 8.90
2. Sakura Lemon - RM 8.90

Coolblog sekali lagi menjadikan destinasi negara luar sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan minuman smoothies dan kempen terbaharu bagi bulan Julai sehingga Ogos 2021.  Siri Geisha Garden yang diterjemahkan oleh Coolblog menerusi dua minuman smoothies iaitu Yubari Melon dan Sakura Lemon diinspirasikan daripada kehalusan budaya, kelembutan tradisi dan keunikkan rasa negara Jepun.

Terdapat dua perisa smoothies yang diperkenalkan oleh Coolblog dalam siri baharu Geisha Garden ini, iaitu Yubari Melon yang merupakan rasa buah melon Jepun yang terkenal dan menjadi rebutan ramai. Rasa premium buah melon Jepun yang diadun krim keju yang lazat, dipadankan dengan jeli pearl gula perang menjadikan smoothies Yubari Melon Coolblog ini minuman yang seakan membawa anda ke negara Jepun dalam setiap sedutan.

Sakura Lemon pula diinspirasikan oleh bunga kebangsaan negara Jepun iaitu bunga Sakura ataupun cherry blossom yang melambangkan semangat baharu dan sifat optimistik. Mengambil kira Tokyo menjadi hos sukan Olimpik musim panas pada tahun ini serta penglibatan atlet kebangsaan kita disana, smoothies Sakura Lemon ini adalah simbol sokongan kita terhadap perjuangan atlet tempatan dalam usaha mengharumkan nama negara. Hasil padanan rasa segar bunga sakura dan jus buah lemon, Sakura Lemon adalah minuman yang sesuai dinikmati pada musim panas dan memberikan kesegaran para penggemar Coolblog. 

Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini mulai pada 22 Julai sehingga 26 Ogos 2021 dan boleh didapati di kesemua cawangan Coolblog seluruh negara. Sila rujuk laman web rasmi www.coolblog.com.my dan Instagram rasmi Coolblog, @CoolblogMalaysia untuk maklumat lanjut.
 

Info selebihnya di:

No comments :