Apr 2, 2022

Ramadan Review bertemakan - Kampunglicious Di Palm Garden Hotel Putrajaya a Tribute Portfolio

Hi Korang, 

Entry kali ni aku nak bawa korang untuk review di Palm Garden Hotel, Putrajaya, sebuah Hotel Tribute Portfolio. Dengan bertemakan 'Ramadan Kampunglicious' 2022, semestinya menggamit kenangan berbuka di kampung halaman. 

Boleh dikatakan, Palm Garden Hotel ni di antara Hotel yang aktif juga membuat promosi. Di bulan Ramadan yang menjelang tidak lama lagi ni Palm Garden Hotel di turut ketinggalan untuk mempamerkan hidangan masakan yang enak. 

Buat pengetahuan korang mereka ada membuat promosi Sizzling Barbecues sehingga 31 March 2022 sebelum buffet Ramadhan bermula. Bagi menu berbuka puasa ini semestinya Chef dan pasukan telah menyediakan masakan masakan kampung dari seluruh malaysia dan mahupun antarabangsa. Ini termasuk lah kambing Panggang yang lazat, sate Ayam & Daging, Sup gulai kawah, Kari daging, ayam golek dan banyak lagi pilihan menarik. Semestinya korang akan jadi rambang mati di buatnya. 
Bagi ahli Marriott Bonvoy dan ahli kad bank terpilih yang mengambil bahagian menikmati diskaun 20% daripada harga biasa selepas tawaran pembelian awal tamat. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Palm Garden Hotel di 603 8943 2233 atau 016 3144101.


No comments :