Miss Jumbo Queen di Sungei Wang Plaza (Session 1)

 
hey uols,

Selasa (2 Oct 2012) baru2 ni ada event Miss JUMBO Queen yang berlangsung kat sg wang plaza bukit bintang, so adalah seorang rakan dari pada TKG CREW ni turut serta so apa lagi weols pantang ada event yang semeriah ini harus kami datang untuk memberi sokongan yang padu,

kejap lagi akan kami perkenalkan rakan weols yang turut serta dalam pertandingan ini ko tunggu je JAH tak kemana pun entry aku ni,


seawal jam 730pm para animal dari TKG CREW sudah mula berkumpul most of them baru balik kerja, sama macam i, nasib baik tempat practical aku tu kat belakang sg wang je abis je kerja terus shot ke sg wang :)

kalau sesiapa yang ada kat sg wang dihari kejadian dan terdengar suara jeritan batin lantang dan nyaring itu adalah milik suara pasukan sorak ok :) bab menjerit macam histeria serahkan pada yang pakar hahaha.

 judges yang sudah lama menanti kemunculan para miss jumbo kita yang tersangat lah comel, pelbagai karenah yang mereka miliki.

seperti biasa dengan adanya show sebegini tanpa ada selingan dance crew memang tak lengkap acara yang dihadiri, dan sudah semestinya kami kenal salah seorang penari fulltime tersebut bukan main ligat lagi lentok tubuh beliau hahaha. Yang penting ahcai itu kakak sudah cop yer jangan ada sesapa berani cantas...awasss

abis je persembahan modern terus muncul lah sorang2 miss jumbo kita yang bakal bergelar Miss Jumbo Queen 2012. ada yang kita tengok cukup terserlah ke-jumbo-an itu yer dan ada juga yang tidak begitu menyerlah tapi takpe yang penting confident itu yang penting,

belah kiri tu kawan kita orang Nadia shirt brown color tgh yakin cekak pinggang. Manakala belah kanan tu dress blue color adalah my lecturer kenalkan Miss Gib ohmai aku datang time ni nak sorak untuk seorang tapi nasib baik ada bawa peti suara spare so boleh lah cukup untuk jerit kedua2 peserta ini.
eh tak abis lagi tahu, meh kita tengok apa acara mereka seterusnya.

tu dia mereka diletakkan dalam kumpulan dan perlu tunjukkan kebolehan masing2. POSE POSE POSE
isk aku geram bila tengok dorang ni asyik duk jalan lenggang kangkung dok cekak pinggang takde gaya lain nak je kita orang naik tu sebat bontot sekor2.

apa yang para juri ingin kan ialah keyakinan dan confident level yang tinggi serta aura yang berbeza dari semua peserta, tapi sayang mereka mungkin masih lagi kekok ataupun tak cukup yakin dan apa yang penting mereka dah buat sehabis terbaik ok lah dari takde kan.

bila masa perkenalkan diri tu ada yang boleh bawa character mereka sebagai seorang Miss Jumbo tapi ada yang tidak. Mungkin tak cukup bersedia kot. Tapi ada yang confident tu tinggi melambung sampai tercabut tali bra iyer akak ulang yer tercabut tali bra. ko ghase? berbisa tak loncat2 lepas tu lucut. isk2 nampak sngt uols punya pakaian tu tak sesuai dan lagi satu yang penting tali bra tu recycle tu yang mudah putus dan reput uols. haiyoooooooooo

semua peserta ada 13 dan hanya 10 orang sahaja yang layak untuk ke semi final tapi apa yang penting sorakan memainkan peranan 10 markah katanya. so weols contribute lebih dari 10 markah aku rasa cecah 100 markah kot agaknya sebab kami dapat lebih perhatian untuk Miss Jumbo favorite kita orang iaitu Miss Nadia

so the result is, our friend Nadia were chosen to be in the next round. So kali ni harap nadia buat yang terbaik ok sebab dalam 10 orang tu termasuk lah my lecturer akan bertungkus lumus bersaing. Apa yang penting belajar catwalk, pose, gedik yang diterima pakai ingat yer gedik bukan jijik, pemilihan pakaian juga amat penting untuk keselesaan dan confident Paling penting sekali makan jangan tak makan untuk kekal nampak JUMBO :)

  
i give to you, my fav miss jumbo 2012 Miss Nadia. Yer dia berjaya melayak kan diri ke pusingan seterusnya kalau boleh minggu depan aku nak nampak sesuatu yang berbeza dari semua segi, uols cover2 malu uols juga yang rugi sebab benda ni dah lah sekali je kalau tak buat betul2 sayang taw "Bak melepaskan jejants yang elok berlalu pergi tanpa menyapa mesra" huh statement akak mantap tak?
last but not least our Miss Jumbo Queen 2011 :) 
orang cakap dia ni takde lah mcm Fish Ball tak jumbo pun, yer mungkin sekarang ni sebab mungkin dah slim sedikit kot. Mana lah tahu tahun lepas jumbo dia meletup kalau tak macam mana boleh dinobatkan sebagai pemenang kan. Apa pun dia memang comel dan cantik dan aku berharap nadia boleh ikut jejak langkah dia hehe
 
 akhir kata dari kami bertiga Nadia awak buat sehabis terbaik kalah menang sudah takdir rezeki belum tiba ok, so jangan putus asa selagi tak dapat keputusan.Muah love you so much gurl~

p/s: hari ini berlangsungnya semi final dan kami sebagai kumpulan support akan memakai tema biru :) sesiapa yang ke sg wang hari ni jumpa korang kat sana k

No comments :