Feb 22, 2014

Semua tempat kerja ada racist dan kaki politik!

Hi Uols,


Terbaik tak entry mek ni? Uols suka tak mek kupas isu untuk kali ni, 15min lagi sebelum lunch mek mampu siap kan satu entry, sangat multitasking kan? sama macam icon cimb tu. Multitasking sangat!!!
 Mek tak kisah nyah ko nak keje kat company ni lepas tu ko mengadu nasib yang keje kat sini banyak politik lah banyak racist lah, tapi serius mungkin sebab mek rasa mek ni buta so mek tak dapat nak tengok ada kelakuan seperti itu disini. Mungkin kalau dah kena batang hidung sendiri, adalah entry selanjutnya muncul kat kiflimally.com

Lepas tu dok feeling nak keje gomen, dah kalau rezeki ko takde gomen tu tak yah feeling dok nak mencuba nasib lah uols, kerja je kat tempat sekarang ni dengan seikhlas hati gitu. Abis ko hingat ko dapat masuk gomen tu, macam ibarat syurga lah, ko lapar je trus KFC keluar dari drawer office tu. Bunyi ala2 microwave tingggggg!!!! Sekali tengok gomen pun tak nak tengok muka ko haha
Kekdahnya dah kalau ko bukan jenis yang pandai bersuara memang susah nok, so kena all out skit. Mek tak yah cakap lah kerja mek senang je, lebih kurang pangkat ketua cleaner. Abis je buang sampah cuci toilet pergi belakang filing room cecah biskut dengan teh o suam, so mek tak terlibat dalam agenda politik dan racist ni.

So kesimpulan nya limah, ko ikhlas lah buat kerja tu ya!!! Henti kan drama propaganda ko haha. Walaupun mek supervisor cleaner tapi yang penting mek cleaner alaf 2014 fashionista ko mampo?

Instagram: @Kiflimally
Twitter: @kiflimally

2 comments :

Macikz Konah said...

amboi...pedas

Faizal Fredley said...

kelas kalau ketua cleaner mcm ko nih....company mana tu nak try usha gak...kalau ada jawatan cleaner kosong tu jgn lupa panggil aku taw..haha