Jan 3, 2021

Melawat Kuala Lumpur Bird Park, aktiviti yang sungguh berbaloi untuk seisi keluarga

Hi Korang,

Apa khabar? harap korang semua sihat selalu. Ok kali ni aku dengan gang blogger yang lain nak berkunjung ke KL Bird Park yang terletak di Perdana Botanical Garden  dan boleh di katakan ini first time aku berkunjung ke sini. Pengalaman yang meriah ni memang aku tak boleh lupakan. Ok sebelum tu mari aku share serba sedikit berkenaan dengan KL Bird Park ni terlebih dahulu ok.

Harga tiket masuk :

Dewasa (Standard) RM 63.00
Kanak-kanak (Standard) RM 42.00

Dewasa (dengan MyKad) RM 25.00
Warga Emas (dengan Mykad) RM 12.00
Kanak-kanak (dengan MyKid) RM 12.00

* Warga Emas (dengan Mykad) dari 60 tahun ke atas
* Kanak-kanak berumur 3 - 11 tahun

Taman burung waktu operasi dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang setiap hari.

Taman Burung Kuala Lumpur ni berkeluasan seluar 20.9 ekar. Merupakan salah satu tumpuan utama di Malaysia di mana menerima pelawat dalam dan dari luar negara. Anggaran lebih 200,000 pelawat setahun. Kuala Lumpur Bird Park ni mengandungi lebih dari 3,000 burung di mana mewakili 90% burung tempatan dan 10% di import khas dari negara jiran seperti Australia, China, Holland, Indonesia, New Guinea, Tanzania dan Thailand. 

dia tengah sun bath uols, comel je kan. ingat kan hari tu dia injured haha sekali tengah menikmati sinaran pagi. 

Bila korang dah masuk ke dalam, ianya terbahagi kepada 4 Zon ye, di mana Zon 1 & Zon 2 burung di sini bebas untuk berterbangan tanpa memerlukan pengawasan contohnya yang korang boleh lihat Indian Blue Peacock dan Flamingo dll. Tapi apa yang pasti korang jangan gatal tangan untuk pergi sentuh burung-burung yang bebas ni ok. Sebab mereka bukan jenis haiwan peliharaan burung yang korang ada dirumah tu.

Manakala di Zon 3 korang boleh tengok Hornbill (Burung Enggang) dan Zon 4 pula burung yang di letakkan pada sangkar yang yang khas untuk spesis mereka. Ini kerana untuk menjaga habitat semula jadi burung tersebut. 

Selain dari menikmati keindahan spesis burung ni, korang juga berpeluang untuk menyaksikan Bird Feeding di mana yang menjadi tumpuan utama si Hornbill ni yang berada di Zon 3. Dua jenis Burung Enggang ni sudah pun menunggu di kawasan masing-masing. Mereka ni dah well trained oleh stadd KL Bird Park ni. Untuk pengetahuan korang Burung Enggang ni sebenarnya adalah jenis Omnivor di mana makan buah dan juga daging, selain itu Burung Enggang ni adalah jenis yang menjaga kawasan. So mereka tak boleh di terbangkan dalam kawasan yang sama sebab mereka akan fight untuk pertahankan kawasan masing-masing. 

Selain dari tu korang confirm tak nak terlepas peluang untuk melihat show dari burung kakak tua yang comel ni. 

sorry guys time ni aku tak ambil gambar banyak tapi korang boleh pergi ke Instagram account aku dan tengok sendiri show mereka di highlight stories under KL BIRD PARK ok.

Eh tak cukup dengan tu saja, korang kena lah cuba untuk abadikan kenangan di sini bersama dengan burung yang comel ni. So korang kena snap gambar dengan mereka ni semua. Contoh yang korang boleh tengok kami berkesempatan untuk ambil gambar dengan mereka. 

memang kecoh wei time ni, ok now soalan dia cuba teka ada berapa ekor burung di dalam gambar di atas? haha

Kepada mereka yang concern berkenaan dengan SOP semasa MCO ni, korang jangan risau sebab standard SOP di sini memang akan sentiasa di beri peringatan dari masa ke semasa.  Setiap pelawat kena lah Scan Barcode Mysejahtera, tapi apa yang aku perhatikan pelawat sendiri banyak mengambil precaution sendiri di mana pelawat keluarga A tidak bebas bergerak untuk bercampur dengan pelawat Keluarga B itu sebagai contoh. Jadi new norma ni memang banyak mengajar dan mempraktik kan SOP itu sendiri. 

Dah penat berjalan tu confirm korang teringin nak rehat kan. Bagi mereka yang nak refreshment tu korang boleh je pergi ke Hornbill Restaurant & Cafe mereka. Lokasi dia hanya lah bersebelahan dengan entrance KL Bird Park ni. Guyssss aku sangat suka dengan menu yang di sediakan sebab ianya sungguh berbaloi Korang patut rasa Pisang Goreng sebab pisang goreng di pilih sendiri oleh Chef restoran ni. makanan di sini semuanya berkonsepkan Malaysia Cuisine, jadi korang mungkin boleh cuba sendiri keenakan menu mereka ni. 


Kepada korang yang jenis kaki OOTD, amatlah sesuai untuk melebarkan semangat OOTD korang disini, sebab spot yang menarik memang banyak untuk korang buat koleksi. Jadi aku harap korang jangan lepaskan peluang ini ok. Lagi menarik kalau korang dapat luangkan bersama dengan family jadikan event pada belah weekend. Kalau pergi dengan geng yang sekepala confirm lagi best tak rasa penat langsung asyik nak gelak ketawa je haha.

 Kalau korang nak tahu lanjut pasal Taman Burung Kuala Lumpur ni boleh layari:

No comments :