Oct 20, 2021

COOLBLOG MEMBUKA CAWANGAN KE-263 DI AMPANG POINT

Hi Korang, baru-baru ni aku berpeluang untuk hadir kecawangan baru Coolblog, ni merupakan cawangan mereka yang ke-263 yang terletak di pusat membeli-belah Ampang Point. Di tambah pula dengan 16 lagi buah cawangan tambahan yang akan dibuka pada akhir tahun ini.

Coolblog kini di sediakan dalam kualiti yang tinggi serta harga yang berpatutan, dan semestinya terdapat di setiap kawasan berhampiran anda.

Majlis perasmian di Ampang Point telah disempurnakan oleh YAM. Tunku Ali Redhauddin lbni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd semalam. Turut hadir ialah Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi, Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato' Zahriah Abdul Kadir, Naib Pengerusi, MFA dan Encik Ahmad Faizal Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, MFA.

Tunku Ali berkata, "Sebagai syarikat tempatan, kami amat berbangga melihat betapa setianya pelanggan kami terhadap jenama dan produk kami. Walaupun menghadapi cabaran disebabkan pandemik, Coolblog tetap utuh bertahan kerana dedikasi pelanggan kami, komitmen warga kerja kami serta sokongan yang berterusan dari francaisi kami, yang kebanyakannya telah bersama kami selama lebih dari 8 tahun."

Lew turut berkata, "Selain itu, Coolblog, sebuah jenama francais pemenang pelbagai anugerah dengan program francais yang berpatutan, komited untuk membantu bakal usahawan dalam merealisasikan impian mereka memulakan perniagaan sendiri dengan menjadi francaisi Coolblog. Beberapa francaisi telah bersama Coolblog selama beberapa tahun dan memiliki rangkaian cawangan Coolblog."

Sebagai sebuah jenama minuman pencuci mulut halal tempatan selama 15 tahun, Coolblog terus memberi tumpuan kepada produk dan pengalaman pelanggan, dan memastikan bahawa setiap cawangan beroperasi dengan selamat dengan pematuhan SOP yang ketat, dan tetap dapat diakses melalui penghantaran e-panggilan agar tetap dalam jangkauan semua pelanggan.

Coolblog terkenal berinovasi menghasilkan minuman dengan inspirasi tempatan dan antarabangsa untuk para pelanggan. Sebagai contoh, kolaborasi bersama FarmFresh untuk minuman kathira dan smoothie susu kurma pada buIan Ramadan yang lalu, serta smoothie perisa durian dan cendol sempena Hari Malaysia. Menjelang bulan november ini, Coolblog akan melancarkan smoothie buah-buahan bertenaga tinggi pertama bersama Red Bull.

Untuk meraikan pembukaan di Ampang Point dan cawangan lain yang akan datang, pelanggan berpeluang memenangi hadiah dari cabutan bertuah "Prize Spinner" pada hari  pembukaan. Hadiah yang bakal dimenangi termasuk baucar Coolblog, minuman percuma dan barangan menarik. Untuk tarikh dan maklumat pembukaan cawangan yang akan datang, sila kunjungi platlorm media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di laman Facebook dan lnstagram.

1 comment :

Anonymous said...

Assuming you throw 1 card out of the 4 would possibly be} holding, likelihood is you’ll get a card of the same worth. The computer deals you 5 playing cards and you choose which you need to hold and which you need to discard to attract new playing cards, just as in five-card draw. The bigger on-line casinos are likely to|are inclined to} have extra variety however 다 파벳 우회 주소 have the ability to|you possibly can} likely discover Jacks or Better, Deuces Wild and Joker's Wild at most on-line casinos. Playing commonplace optimum Jacks or Better technique will work for Double Bonus poker however will reduce your expected payout barely.