Oct 29, 2021

Pembukaan outlet Baru LuLu Hypermarket Malaysia di Amerin Mall @ Seri Kembangan Selangor

Hi korang,

Dalam entry kali ni aku nak share dengan korang sempena dengan pembukaan out terbaru dari Lulu Hypermarket. Berita gembira ni juga kepada mereka yang duduk di area Balakong & Seri Kembangan, sebab lulu baru sahaja melancarkan pembukaan outlet terbaru mereka di Amerin Mall pada 26/10/2021 hari tu.

Sebagai di antara yang sering kali juga membeli belah di Lulu, aku pun turut ambil kesempatan ni untuk melihat serta meninjau sendiri Kawasan baru ni. Kalau nak datang tu dari cheras senang juga sebab akan lalu highway seri Kembangan. Time tu aku datang belah petang lepas waktu kerja, as usual lah di mana-mana tempat lepas kerja memang sangat di penuhi oleh kemunculan manusia yang takt ahu dari mana datang mereka ni haha.

 Ok sekarang jom kita usha tempat baru ni, dengar kata promosi yang di tawarkan dari Lulu as usual lah memang menarik perhatian ramai, patut lah ramai yang berpusu-pusu untuk grab tawaran istimewa dari Lulu.

LuLu Grocer mempunyai keluasan 31 ribu kaki persegi dengan bahagian pasar raya, makanan panas, barangan segar dan pelbagai barang keperluan lain.


Seperti yang kita semua maklum, LuLu terkenal dengan kebersihan, ruang membeli-belah yang luas, selesa dan harga terbaik. Kini, Amerin Mall turut menyediakan kemudahan seperti tempat makan, tempat letak kenderaan serta semua perkara yang akan menjadikannya Lulu Grocer sebagai tempat beli-belah kejiranan kegemaran anda.

Adalah sangat mudah untuk sampai ke Lulu Grocer Amerin Mall kerana ianya terletak betul-betul di sebelah Lebuhraya SILK dan ianya dapat diakses jika datang dari arah Serdang, Cheras ataupun Kajang.

Jadi, apa tunggu lagi. Sebarkan berita baik ini kepada semua rakan anda yang tinggal berdekatan dan tnantikan Tawaran Pembukaan kami yang Super-Duper.

No comments :