Oct 2, 2021

Jom serbu Lulu Food Festival 2021 @ Setia Alam

Hi Korang,

sihat ke semuanya?? Alhamdulillah uols Lembah Klang, KL & Putrajaya hampir kembali kepada Normal di mana kita dah boleh dine in, dan melakukan aktiviti riadah. Kita semua excited kan? Tapi pada masa yang sama jangan lupa patuhi SOP ok? Kita kena jaga kita. 

ok baiklah nak dijadikan cerita, hari ni sampai ke Lulu Hypermarket Setia Alam uols, sebab nak serbu Lulu Food Festival 2021. Yes betul kalau ada promo dekat lulu ni aku diantara orang yang excited sebab selain dari datang untuk cuci mata ada banyak promo yang sentiasa dianjurkan. 

contoh macam sekarang ni Lulu Festival Food 2021, ianya bukan sahaja tertumpu pada masakan panas tapi ada juga item dari barangan dapur yang lain seperti Minyak Masak, Burger Ramly, Minuman kultur, sayur sayuran dan lain-lain lagi. 

Promotion ni bermula dari 1 Oktober 2021 - 13 Oktober 2021. 

ok sekarang ni mari aku bawa sekitar mall ni untuk tengok apa item yang aku rasa menarik untuk korang nak beli, well biasalah apa yang aku ambil ni semuanya memang basic untuk keperluan rumah korang. Nak pulak kepada mereka yang nak buat stock tu. 
kalau korang nak tengok pilihan yang lebih banyak korang boleh je pergi ke IGS aku untuk view video. Best sikit uols sebab kita membebel dengan kawan2 dekat situ haha. 

MAKLUMAT TAMBAHAN: Promosi Kupon Diskaun RM 50
Untuk promotion yang lebih menarik korang berpeluang untuk tebus kupon diskaun RM 50 if korang berbelanja minimum RM 100. Bila korang dah beli barang dapur confirm dah lebih RM 100 kan?? lepas tu korang redeem kupon RM 50 dan naik ke tingkat 1 (Bahagian Fashion) contoh if kasut tu berharga RM 100 korang just bayar RM 50 + RM 50 (kupon diskaun) ada faham???

Bahagian Fashion ni lagi satu uols meriah betul dengan design yang sesuai untuk mak ayah korang, aku tengok design handbag/kasut dia boleh tahan uols. 

So jom ke lulu, bawa parents korang taw. Jangan lama2 sebab promo ni berlangsung dari 1 Oktober 2021 - 13 Oktober 2021 sahaja. Untuk info yang lebih lanjut untuk Lulu Food Festival 2021 korang boleh usha lebih dekat website mereka ni: https://www.luluhypermarket.com/en-my/makanan-sedunia-21/c/HY01102021

No comments :