Mar 27, 2022

Ramadan Mubarak Iftar Platter & Mubarak Iftar Nate-Box di seluruh Cawangan Me'Nate Steak Hub 2022

Hi Korang, 

Tanpa kita sedari, tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadan 2022. Sudah semestinya industri F&B kita bakal meriah dengan promosi yang di tawarkan. Entry kali ni aku nak share dengan korang promosi dari Me'nate Steak Hub Shah Alam. 

Sila baca entry 2021 disini

Sajian ramadan untuk 2022 kali ni agak berbeza dengan tahun lepas 2021. Ini kerana Me'nate Steak Hub menyediakan hidangan istimewa "Mubarak Iftar Platter" untuk 'Dine In' dan "Mubarak Iftar Nate-Box" yang bakal membuatkan para pelanggan tidak sabar untuk ramadan kali ni. 

Antara yang menarik bagi pelanggan yang membeli Mubarak Iftar Platter mendapat akses percuma ke "Mini Buffet (Appetizers & Dessert)" yang akan menampilkan pelbagai menu pembuka selera serta pencuci mulut yang lazat. 

Siapa yang pernah datang ke Me'nate pasti tahu susun atur didalam restoran mereka yang sangat kemas, teratur dan cantik. Menggunakan elemen kayu dalam untuk meja dan kerusi makan menjadikan penampilan restoran tampil begitu esklusif dan mempunyai identiti tarikannya yang tersendiri.

haaa ini la dia bagi mereka yang nak berbuka dekat rumah, boleh tempah Mubarak Iftar Nate-Box :-

  • Nate-Box Heavenly Menate
  • Nate-Box Heavenly Lamb
  • Nate-Box Heavenly Ribs

Setiap set hidangan ni di datangkan dengan Stik Premium yang berkualiti tinggi. Apa yang penting ianya Halal.

Manakala bagi mereka yang ingin berbuka puasa di restoran, korang boleh lah cuba Mubarak Iftar Platter yer. Set ini boleh di kong seramai 4-5 pax. Lepas tu terdapat 4 jenis platter yang tersedia iaitu: 

  • Heavenly Me’nate
  • Heavenly Lamb
  • Heavenly Ribs

Setiap platter ini dihidangkan bersama kombinasi seperti Full Slab BB Wa'gyu/Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediteranean Braised Lamb Shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted Bbq Chicken dan Sahawaiq. Selain itu didatangkan juga bersama persian steamed rice, set papadom, pepperoni pizzadillas, Nachos BBQ Beef, Mammamia Beef Carbonara Pasta, Seafood Aglio Olio Pasta dan akses PERCUMA untuk semua mini buffet dessert, appetizer dan minuman.

Ok apa kata korang tengok sendiri koleksi Mini Buffet yang disediakan kepada mereka yang dine in serta menikmati Mubarak Iftar Platter.

Produk RTE (Ready To Eat) Meatlab

Me'nate  juga ada menawarkan produk RTE Meatlab yang boleh dinikmati terus. Sesuai dibuat stok di rumah. Kita hanya panaskan hidangan ini semasa bersahur ataupun berbuka.







So apa yang korang tunggu lagi, jom lah serbu untuk tempahan early bird - diskaun sebanyak 15% diberikan.

Bagi sebarang pertanyaan, korang boleh bertanyakan info di bawah ni: 

 03-41419133

019-3911047 

menatemarketing@gmail.com

https://menate.com.my/


1 comment :

Sis Lin said...

Perghh gilerrnya mata daku nengok menu semua tu... semua sedap-sedapnyaaa lahai.. diskuan dia banyak juga early bird.. bolehlaa bgtau anak kat sana..