Jul 23, 2012

Soalan Kifli Mally : Apa itu TKG CREW?


hey uols,

serius aku tak tipu kawan-kawan aku yang lain ada bertanya "nok TKG tu mende?" jadi aku pun bagi mereka peluang untuk bagi maksud jawapan apa maksud TKG CREW itu.

so mereka ada 3 jawapan seperti :

1) Tengku Kamsiah Girl = bermaksud dimana group member kita orang ni umpama macam mak datin yang suka buat aktiviti seperti poco-poco dan brazilian wax

2) Tahan Keji Girl = hah yang ni plak memang best sebab ini menunjukkan yang group kita orang akan selalu dikeji gitu, walaupun dikeji dan di kahak weols mampu bertahan katanya, eh aku tak tahan taw dorang ni pandai-pandai je letak nama mcm tu kan :)

3) Terima Kasih Geng = yang ni lagi tak boleh belah, motif sangat nama group kita orang letak atas nama Thank You bagai, dah macam takde nama yang lain dah untuk kita orang nak guna kan.

ok~ nice try my friends, unfortunately semuanya salah memang tak kena walaupun uols dah try sedaya upaya kan.

TKG CREW
= Tak Kering Gusi

ok sure korang pun rasa hairan kenapa tak kering gusi? napa bukan tak kering kulit? mata? bibir? kaki cagu? masalahnya akan terungkai yer sabar yer dah alang biar aku terus lah bercerita salahsilah APA ITU TKG? sebab dah terlalu ramai yang bertanyakan benda yang sama so lain kali kalau ada orang bertanya lagi aku bersama rakan2 yang lain just pass link ni je terus abis cerita :)

so aku just listkan beberapa soalan yang basic untuk semua orang tahu seperti dibawah:

1) Kenapa Tak Kering Gusi? Kami memilih nama ni pun sebab rakan2 yang lain asyik buat lawak dan masing2 gelak tanpa henti tu yang tak kering gusi.

2) Berapa ramai ahli TKG Crew? Semuanya ada 30 ahli dan semuanya memang tak kering gusi (percayalah)

3) TKG Crew ni buat apa jer? kami buat pelbagai event, contoh seperti kerja amal, berkelah, bersukan, beriadah, teater, musical, concert, menari, flashmob dan yang paling latest skarang ni ada Bowling Tournament dan Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim :)

4) Korang semua ni kerja apa? aku paling suka jawab part ni sebab apa, sebab kerja mereka ni semua membolehkan kami melengkapkan satu sama lain sebagai satu group yang hebat. Contohnya ada diantara mereka yang kerja sebagai kakitangan kerajaan, Student, Berniaga sendiri, Pereka bangunan, insurance executive, retailer, Koir Kebangsaan dan banyak lagi :)

5) Apa website korang? BLOG, Twitter, Facebook Fan Page

6) korang selalu lepak mana? kami semua akan lepak kat mamak restoran area cheras :) (Lokasi Rahsia)

7) macam adik2 je semua ni? come on soalan macam ni pun nak ajukan ker? yes kami semua ni adik2 yang manja, lembut, very soft spoken dan yang penting kita orang tak pernah amik kisah tentang kritikan yang kita orang terima but mostly are welcoming compliment lah :) sebab orang tahu kalau kita berikan mereka sesuatu yang terbaik nescaya orang kita sendiri akan buka mata dengan sendirinya :) Ini cara kami dan bagi mereka yang tak suka takde masalah sebab TKG Crew always happy till the end of the day.

8) Ada bayaran ke Group ni? kami juga kenakan kutipan yuran tertentu pada setiap bulan ini adalah bagi memudahkan pengurusan kalau ada event yang dianjurkan. Serius kami sentiasa dahagan event sebab kami membolehkan rapat sesama sendiri :)

9) berapa umur korang semua ni? majority 20an

10) kalau ada apa2 soalan lagi korang boleh ajukan kat komen kat bawah entry ni TQ :)

------------------------------------------

gambar-gambar dibawah ni adalah bukti yang kami semua telah menjayakan beberapa event seperti :

Gerak tari musical DBKL 2011

Berbuka bersama Dynaz serta anak-anak yatim 2011

TKG CREW open house 2011

TKG Crew -Fabulous cute day- 2010 kot :)

TKG Crew Trip to penang 2010 kot :)

TKG Crew berbuka puasa -back to shcool- 2011

koir kebangsaan 2012

Pementasan Aswara -PETA- 2012

TKG Crew Sg congkak -Together As One- 2012

Sebenarnya ada banyak lagi cuma itu sahaja yang aku berjaya upload :) so seterusnya apa2 info terkini sekarang ni TKG CREW dah ada blog sendiri iaitu mytkgcrew.blogspot.com walaupun blog official untuk tkg crew ni masih baru tapi aku yakin dengan kegigihan kawan2 yang lain untuk update blog tu harap2 bersemangatlah yer :)

so aku rasa entry ini sudah cukup memberi keluasan akan kewujudan group kita orang ni. Jikalau berkesempatan insyahAllah manalah satu hari nanti kami sebagai TKG CREW akan menjalankan perniagaan sendiri. Verangan kejap nok~ tak salah kan manalah tahu satu hari nanti tercapai bangga mak nok.

kami berkawan dari muda

hinggalah ke tua :)

dan apa yang penting hubungan kami sebagai kawan memang tak akan putus kerana kami saling melengkapi antara satu sama lain. Insyah Allah

#sekian dari budak sayang TKG CREW

2 comments :

lindazizan said...

Macam best je. Nak join boleh? :D

Kifli Mally said...

@Linda Zizan boleh sajo, terbuka pada orang luar juga haha