Jul 20, 2012

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang Ramadhan

hey uols,

Selamat datang Bulan Ramadhan yang cukup memberiku satu erti kehidupan dibulan baru ni. Baguslah kalau syaitan dah kena ikat maghrib malam semalam dan kini biar aku mulakan coretan baru sebagai seorang practical student yang sedang belajar erti hidup yang sebenar.

entah kenapa menjelang jer masuknya bulan Ramadhan hati aku terasa sayu dan sebak jer, terasa pukulan pada diri ini mungkin juga disebabkan faktor aku berjauhan dengan keluarga kan (Sabah) adik beradik aku yang lain pula sorang kat UPSI dan sorang plak kat Twintech so mmg susah nak jumpa dorang.

Terkedu sejenak memikirkan alangkah beruntung juga aku kerana mempunyai teman yang senantiasa menemani aku tanpa henti dan jemunya :) Hanya mereka je yang berupaya untuk membuatkan aku girang dikala duka.

Ingatkan sahur tadi aku keseorangan dan bersendirian tapi sekali tengok ramai juga budak TKG ni yang bersahur bersama kat NANA CAFE so rasa kesunyian tu agak kurang sedikit :)

Mak selalu pesan kalau bersahur tu kita kena banyakkan minum air suam so pada esoknya takde lah kita nampak lemau jer :) Yer mak kita tadi sahur dah naik kembung minum air mineral hehe...


perancangan pada belah pagi ni pula nak settlekan untuk event yang akan datang yang dianjurkan oleh group TKG CREW 28th july ni. Sempena ramadhan ni ada bowling aktiviti yang dijalankan so mungkin itu juga salah satu mengisi keriangan dikala Bulan Ramadhan.

nampaknya setakat ini dulu coretan aku yang tak seberapa. Dengan ini Kifli Mally ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Bersamalah kita semua mengejar amalan baik luar dan dalam :)