Apr 16, 2013

kifli mally: Muka Jambu di sisihkan?



hey uols,

ayoooo kecik hati juga akak dengar rintihan seorang anonymous yang comment kat entry akak yang lepas [klik sini]. Katanya even dia ada muka datang dalam bentuk package jambu dan flawless macam akak tapi dia disisihkan dan dipinggirkan, oleh siapa? oleh orang sekeliling ker?
kannn jambu tahap mana kah muka adik itu? ada seperti laki akak kat atas ni ker?

kebiasaan mengikut pengalaman akak seseorang yang mempunyai rupa paras yang feminine a.k.a jambu teramatlah berpeluang cerah untuk bergaul dengan sesiapa pun, senang cerita mesra lah orangnya. Senang di ajar masuk kelambu. Ko rasa? haha 

biasanya kalau yang disisihkan adalah seperti mereka yang baru je nak masuk ke territory baru, contohnya seperti student yang praktikal kat environment kerja, baru dapat tempat kerja, junior yang baru masuk kolej atau mereka yang baru 1st time attend event/aktiviti.

so tips yang akak bagi ialah cari kelompok yang korang rasa selesa untuk bergaul dan mudah untuk menjadi teman uols. Jangan pula feeling nak buat muka kekwat ko kat situ. Ko feeling kau lah diva darat dan laut so kalau demikian memang sesuai muka uols kalau kena sisih. Janagn setakat kena sisih siap akan dipulau ok. 

So disini ada 3 kategori yang akak dapat kategorikan sebagai Mat Jambu
kiri: Jambu feminine (hadek-hadek)
tengah: Jambu bersahaja (coverina)
kanan: Jambu str8 (straight act)

Jambu feminine definitely lah akak pun category Jambu yang bersifat wanita gitu. Muka ala-ala wanita tetapi mendukung telur dibawah. ko rasa? So jenis ini kebiasaanya akan mati kutu bila nak start-kan conversation sebab takut akan persepsi dan tanggapan orang lain. Tapi bila dah start kenal dan selesa dengan persekitaran. Maka AWAS! dia adalah mak hayam kawasan. Lagi satu mereka ni jenis yang feeling cantik itu adalah hakikat kekwat nak mampos! Lebih-lebih lagi yang merasakan diri mereka cantik atau perfect amatlah susah untuk di approach. But not to worry, everyone have different perception.

manakala Jambu bersahaja adalah Jambu lelaki jenis yang sempoi, tinggi budi pekertinya setiap tutur kata tu manis je dimata wanita kannnn? macam lah mak tak tahu uols ni. Bukan senang duduk kalau tengok jantan elok. Jenis Jambu macam ni mak panggil coverina kerana mereka kena sentiasa menjaga tingkah laku dan percaya atau tidak kadang-kadang tu terpaksa jadi plastik sedikit untuk menjaga air muka mereka. wahhh tinggi betul standard ko kan? Kebiasaanya Jambu jenis macam ni takperlu susah nak market kan diri sebab orang akan sendiri akan volunteer untuk mendekati diri dengan mereka. Makan hati tak?

dan yang terakhir iaitu laki akak, Jambu jenis Str8 act (Straight Act). Jenis jambu yang ni teramatlah sempoi dan boleh bergaul setiap jenis golongan. Termasuklah binatang-binatang sekalian haha! Kenapa akak gelarkan mereka Straigh Acting? sebab mereka ni jenis lasak, giat futsal, motorbike, tomoi drift dan sebagainya. Bagi mereka nak mulakan conversation atau nak bertegur sapa takde hal lah bro! semua tu perkara kecik sebab semua orang dia akan buat kamceng! Lu jangan nak tunjuk pailang! haha

So dengan itu yang mana satu kategory Jambu korang? bagi mereka yang kategori ciku atau buah pelam nantikan entry berikutnya.
jambu kah mereka diatas ini? korang sendiri hebat dalam bab-bab menilai kan? sujud mak ayam yang pegang camera tu. Jambu Air kocak tu uols. Jangan derhaka kat mak ayam ok.

stay goddess.



4 comments :

Anonymous said...

Ada satu lg category jambu yang Uolls x senaraikan.. category jambu korea..persis ni mmg khas hanya untuk kecantikan n kejelitaan kulit.. Persis ni bkn hadik2 tp more to metroseksual githuess.. mcm persis retis abg iollss like aaron aziz.. -tag line loreal " kerana dirimu begitu berharga...

Kifli Mally said...

@Anonymous hahahah kannnn gitu lah. Jambu fefeling korea katanya

Unknown said...

gelak2 baca blog u ni. haha . ceria je kan. alamak mat jambu fortenn tu mmg saya minat even coverina. Teringat pula kelmarin terserempak blogger khalid kyle .dulu muka melepak pan asia kau,skrang tgk dah mcm bangla gitu. oppsi..so lelaki ni x semestinye kalau lahir jambu akan jambu selamanya x gitu dek.. (tetibe teringat mario maurer)

Kifli Mally said...

@Wardah Ceria Mario Maurer!!!! nok uols jangan mcm2 ok. Dia tu mak punya. Penat taw mak kejar dia smpi ke thai segala. ^_^