Jan 2, 2014

Food Review: Bubba Gump Shrimp Co @ The Curve

HI UOLS,

Melantak dan terus melantak sebagai seorang food blogger yang rajin buat review masalah kenaikan berat badan itu bukan menjadi satu masalah hahaha *sedih uols berat saban hari umpama guni beras.
Hari ini mek selepas pergi ke birthday party Tammy Miu kat solaris, petang tu nak dinner kat Bubba Gump Shrimp Co The Curve. Maklumlah orang dah kasik voucher, rezeki jangan ditolak uols, nanti melara hidup kekdahnya. Jadi jangan buang masa jom tengok review kali ni ^_^
Kiri: Mango Sparkler RM12.90
Mango, Lemonade, Orange Juice dan juga Lemon Lime

Kanan: Blueberry Smoothie RM13.90
Blueberries, Strawberries dan juga Non-Fat Vanilla Frozen Yogurt

kepada mereka yang menginginkan kesegaran berpanjangan disarankan untuk menikmati Mango Sparkler.
Dumb Luck Coconut Shrimp RM38.90
Dihidang bersama dengan Cajun Marmalade dan Fries.
 kepada mereka yang menggermari kelapa, dan ingin mencuba kelainan dari segi hidangan udang bersalut dengan kelapa ini adalah hidangan yang terbaik. Kelapa yang sungguh tebal membuatkan kita cepat kenyang.

Dari 5 mek beri 4 bintang

Bourbon Street Catch of the Day! RM35.90
Charbroiled Cajun ini dihidang dengan Street Sauce dan kepingan Udang segar dihias diatanya. Tak lupa juga dengan Mashed Potato yang menambahkan lagi perisa segar pada menu anda.

Kalau boleh mek nak sauce tu lebih sedikit sebab bila last piece hidangan tu Charbroiled Cajun dan juga Mashed Potato tu menjadi sedikit kering "DRY"

Dari 5 mek beri 4.5 Bintang
 wohooooooooooo Terima kasih kepada HungryGoWhere atas voucher tersebut.
uols kalau nak tahu mek dapat voucher ni sebagai Cabutan Bertuah semasa chilling session di NAGABA

 ok uols sampai lain kali yer ^_^ 
nanti ada review lain pasti mek akan pergi terjah, kita bolos saja dinding restoran ituuuuuuuuuu

Follow mek di sini:
Twitter: @kiflimally
Instagaram: @kiflimally
Like Facebook Page: Almari Budak Jambu

 siapa follow mek sayang, siapa tengok je mek kahak #okbai