Sep 14, 2020

Ciri-ciri menarik yang terdapat pada Mesin Jahit brother JK17B baharu.

Hi Korang, 

kepada mereka yang pernah nampak posting aku di Facebook/Instagram korang mesti perasan di mana aku buat satu posting berkenaan dengan Mesin Jahit warna Baby Blue yang comel tu. Ianya bukan saja comel guys, ianya juga di penuhi dengan ciri-ciri di mana aku yakin sangat menepati kepada mereka yang suka menjahit ni. 
Sebenarnya mesin jahit mudah alih (portable) ni adalah edisi terbaru dari brother. Kan sudah menjadi sinonim kalau sebut saja mesin jadi portable confirm warna putih. Tapi dengan Model terbaru dari brother ni mereka buat special sikit. BABY BLUE!!!! comel kan dan ianya bersempena bagi meraihkan ulang tahun mereka yang ke-20. Jadi terhasil lah Model JK17B edisi terhad!!!

Untuk bercerita dengan lebih mendalam lagi mari aku share dengan korang feature terbaru dari brother JK17B ni. Ini adalah di antara yang aku suka sebab ianya memudahkan semua kerja menjahit ni. 
17 Built-in Jenis Jahitan & Mengunci Jahitan Reverse
Seperti kebanyakan mesin jahit, brother model JK17B ni di lengkapi dengan 17 jenis jahitan built in. Sehingga kan korang boleh ukir nama korang sendiri pada kain perca korang. Kalau tak percaya nanti tengok video pada penghujung entry ni ok. Bukan itu saja guys, ianya juga turut di lengkapi dengan secure back stitches, yang mudahnya ianya terletak pada bawah 17 pilihan jahitan. Jadi lepas korang memilih jenis jahitan korang terus boleh lock jahitan reverse pada kain korang. Sememang nya mudah. 

Quick-set Drop-in Top Bobbin
Pertama kali bila kita nak penuhkan bobbin top ni, kita terasa begitu teruja kerana ianya sungguh memudahkan kita untuk mengendalikan bobbin top ni. Bila dah penuh tu korag just pelu ikut simple step bagaimana dengan mudahnya korang boleh masukkan di dalam mesin jahit tersebut. 

Built-in Needle Threader & LED Light 
Feature yang ini aku rasa confirm ramai di luar sana yang teruja, sebab nya selepas ni korang tidak perlu "tension" kalau nak memasukkan benang pada jarum tu sebab dengan 3 step mudah korang boleh memasukkan benang dengan cara professional. Tambahan pula, kini vision korang untuk menjahit lebih clear dan focus kerana LED Light ni sangat terang dan bersesuaian dengan visual penglihatan kita. Jadi menjahit pada belah malam tidak lagi menghalang korang dari terus menjahit.
Built-in Thread Cutter
Korang mungkin nampak ianya kecil terletak di tepi sudut, tapi korang mungkin tidak tahu betapa besarnya function si kecil ni. Ianya sangat berguna kepada mereka yang sering mengalami benang tersangkut atau benang stuck pada mesin jahit, lepas tu cutter ni sangat membantu tanpa korang nak mencari gunting. Kan dah jimat masa dekat situ!!!


Online Class QR Code
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin belajar cara mengendalikan Mesin Jahit brother JK17B model ni, korang just scan barcode yang terdapat pada mesin jahit ni. Korang tengok video di atas tu, mungkin sedikit sebanyak boleh tolong korang untuk kenali mesin jahit terbaru dari brother. 
Harga untuk 1 Unit brother JK17B ni hanya RM 859 sahaja. Kepada mereka yang ingin mencari mesin jahit baru korang boleh lah memiliki mesin jahit portable ni. Ouh Ya!!! kalau korang nak tahu brother sekarang ni ada buat Contest taw. Bersempena dengan ulang tahun mereka yang ke-20 sebanyak 6 buah mesin jahit JK17B akan di berikan melalui Facebook & Instagram account mereka. Jadi pergi follow dan siapa tahu korang merupakan insan yang bertuah :) 

untuk info yang lebih lanjut berkenaan dengan Model Product terbaik ini dan juga cara memenangi contest tersebut, korang boleh layari seperti di bawah:


selamat mencuba guys, dan kepada sesiapa yang dah ada mesin jahit JK17B congrats ya, sebab ianya limited edition guys.

No comments :