Dec 31, 2012

Al-Fatihah Buat Arwah DDFabubous (KarelDanish)



hey uol,


Pertama sekali ingin KM ucapkan Takziah kepada semua ahli keluarga DD, tiada apa yang boleh Kifli lakukan selain dari sedekahkan kalimah Al-Fatihah kepada arwah. 

Petang tadi dalam sekitar pukul 1pm macam tu Kifli dapat mesej dari kawan mengatakan yang DD sudah pun meninggal kan kita semua. Terkedu seketika dan berdiam diri sejenak memikirkan kenapa begitu cepat arwah meninggalkan kita. 
Maaf saya bukan menyalahkan takdir, Kifli cuma terkedu kerana berharap sangat yang DD akan kembali pulih seperti sedia kala. Selain itu juga Kifli mengharapkan DD kembali berblogging dan join kemana2 event bersama2. Tapi tu semua sudah tidak ada lagi. 

Mungkin ini juga yang terbaik buat Arwah, daripada arwah terseksa lama mungkin Allah juga sudah mahu DD kembali ke pangkuan yang Maha Esa. DD jangan risau kami semua akan doakan yang terbaik buat DD. Mudah-mudahan arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin Al-Fatihah

Kepada mereka yang telah menghulurkan saluran dan derma ikhlas kepada DD sewaktu dia terdampar lebih kurang 6 bulan dihospital kerana menghidapi Tumor pada kepala dan juga TB, Kifli ingin ucapkan ribuan terima kasih.[Klik Sini]

Selama 4 tahun lebih Kifli mengenali DD dah banyak yang kami tempuhi dan lalui bersama, tidak kira lah pahit manis semua kami terjah. Berita pemergian DD sekaligus memberikan tamparan hebat kepada kami yang pernah tinggal sebumbung. Madi, Hadi, Ucup, n Zuzu siapa sangka kan arwah pergi dahulu meninggalkan kita semua. T_T
 
DD, di atas kesempatan ini aku ingin ungkapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga selama perkenalan kita. DD, jugalah menyebabkan aku terdorong untuk terus dan terus berblogging. DD, juga merupakan sumber inspirasi aku untuk terus berjaya. DD seorang yang cukup kental akan kehidupan yang dilalui DD akan lakukan apa saja untuk kecapi setiap kehendak dan keinginan beliau. Terima kasih DD sekali lagi kerana telah jadi abang yang baik buat aku. Pengalaman dan memori yang kita lalui selama 4 tahun itu tidak akan aku sia-siakan DD. Moga kamu tenang disana ya.

Al-Fatihah