Dec 2, 2012

Guinea Pig: Terasa sunyi selepas pemergian BLONDIE! Terima Kasih atas segalanya.

hey uols,

terasa kesedihan juga lah bila my baby Blondie dah pergi tinggal kan aku. Tapi apa yang membuatkan aku lagi bersedih bila anak cicit dia semua sakit pada masa yang sama dan aku tak dapat nak mereka semua ke Veterina atas sebab aku masih lagi study time tu, kalau setakat makanan mereka untuk sebulan tu aku memang boleh belikan lagi walaupun mereka dah beranak pinak sampai smpi 9 ekor. Alhamdulillah aku masih lagi memberikan mereka makanan yang secukupnya. 

Blondie merupakan induk yang pertama aku beli tahun lepas, kemudian dia beranak pinak mana lagi di "homebreed" kan dengan GP kawan aku kat Taman medan tu haha. Klik Sini untuk melihat induk pertama yang kami beli ketika itu. Korang tahu tak tahun ini juga semua induk yang kami beli telah mati sekor demi sekor. Punca masih tidak diketahui.
Pertama Milik Adyba Jee : Rocky
 Kedua Kifli Mally: Blondie
 
 selepas itu yang ketiga milik Zuzu : Zara
Semalam sebelum aku keluar rumah aku nampak Blondie dan anak2 dia yang lain begitu ceria dan berbunyi seperti GP yang normal, macam biasalah sebelum pagi tu aku keluar rumah aku akan memberikan mereka makan. Bekas makanan yang kosong tu aku akan isikan hingga penuh dan juga air akan di refill seperti biasa. Itu adalah rutin harian aku seperti biasa. Bestkan ada commitment. tapi tulah commitment aku kini dah takde semenjak Blondie dan anak2 dia takde menjadi teman aku.
 kemudian aku balik nampak Blondie dah tak bermaya seperti sediakala, tiba-tiba je lemah terkulai layu. Malam tu aku dapat rasakan yang di tak lama terus aku luangkan masa semalaman bersama Blondie dan tiap kali dia menutup mata aku akan usap kepala Blondie untuk harap dia terus sedar. Tapi sayang pada keesok kan harinya Blondie dan takde dia dah mati keras kat dalam sangkar.
 pagi tu aku tak tahu nak buat apa sebab aku termenung kejap melihat dan merasakan lepas ni tiada lagi aku akan rasakan bulu Blondie yang lembut untuk dibelai tiada lagi bunyi2 nyaring yang aku dapat dengar bila dia kelaparan dan tiada lagi aksi kelakar bila melihat dia berlari tak cukup tanah bila dikejar.
 Terima Kasih yer Blondie sebab selama ni sudi menjadi teman dan ceria kan hidup Kifli :) 
ingat lagi dulu Blondie hobi dia ialah menghancurkan mouse pad, wayar laptop dan juga wayar mouse aku. Aku mengamuk tengking berlari satu bilik di buatnya. Dari duduk kat rumah kat pandan jaya tu sampai lah aku pindah rumah ke cheras, Blondie memang rajin teman kan aku walau apa jua keadaan sekali pown. Biasanya kalau aku murung Blondie lah tempat aku meluahkan perasaan. Tq Blondie sebab sudi jadi teman aku selama ni.

Tak sia-sia selama ni aku menjaga Guinea Pig aku ni banyak, sebab mereka umpama memberikan commitment pada aku. Contohnya bila makanan habis aku kena pergi beli kena top up minuman dan yang penting sekali ialah membersihkan cage dia seminggu sekali tu. Itu part yang paling banyak menguji kesabaran. Serius aku cakap penat memang sangat penat. Tapi part yang best tu bila nak 
"mandikan" mereka ni. Pelbagai karenah yang aku lalui.

So far untuk aku mencari pengganti Blondie tiada lagi buat masa ini. Aku dah bersara dari memelihara GP ni, takpelah mungkin tunggu lah aku dah berkerja nanti senang kalau sakit sikit je terus boleh hantar ke Veterina.

Walaupun Blondie dah takde tapi aku berharap sangat tentang tips penjagaan Blondie ni masih lagi diguna pakai oleh korang semua yang memelihara Guinea Pig, mereka jenis senang untuk dijaga tidak banyak songeh lebih kurang rasa mcm pelihara kucing dan arnab juga mereka ni :)
Blondie mama sentiasa ingatkan kamu sayang :)

No comments :